Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Perak meningkat setakat...

Dadah Bernilai RM1.7 Juta...

MIRI - Polis telah membuat rampasan dadah terbesar di Sarawak berjumlah RM1.7 juta...

Kecoh Pocong Muncul Di...

KOTA BHARU - Media sosial baru-baru ini menjadi kecoh dengan cerita seorang pemandu...

Ada Bagi Gambar Lucah,...

MEMANG tidak dinafikan memang wujud segelintir wanita yang tertarik dengan lelaki yang sudah...

Ziela Nafi Beli Tudung Bawal Harga Beribu

‘GERAM’ dengan dakwaan sebuah akhbar yang mengatakan beliau berbelanja mewah untuk membeli tudung, Datuk Ziela Jalil melepaskan rasa tidak puas hatinya menerusi laman Instagram.

Dalam kiriman itu,  Ziela menjelaskan hanya ke butik jenama tudung terkenal tersebut kerana suka melihat barangan yang cantik sebagai terapi diri, namun tidak membelinya seperti yang didakwa.

“Pada satu ketika hampir setiap hari ke Bawal Exclusive pasal pergi sana seperti terapi sebab saya suka tengok benda cantik dan pemilik tudung itu sangat baik, bukan setiap hari pergi dan beli.

“Pemilik Bawal Exclusive selalu menaja saya dengan tudung-tudung dia yang berharga beribu, bukan saya beli. Saya kata ada semua warna yang plain berharga RM30 atau RM40 sahaja,” tulisnya.

Ziela Nafi Beli Tudung Bawal Harga Beribu

Ziela Nafi Beli Tudung Bawal Harga Beribu

Menurut pemilik nama sebenar Norzilah Abdul Jalil ini, beliau mahu menjelaskan sebuah laporan akhbar pada Ahad yang mendakwa beliau berbelanja mewah dengan membeli tudung berharga ribuan ringgit setiap hari.


Dalam siri gambar petikan skrin (screenshot) yang dimuat naik itu, Ziela turut menyatakan bahawa dia berasa begitu tertekan kerana tidak mahu perkara ini mengundang masalah kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimanapun, penerbit drama 60 Hari Mencintai Ku itu tidak mempertikaikan kuasa membeli adalah di tangan masing-masing dan jika mampu membeli barangan mewah, apa salahnya.

“Bila tanya pasal berbelanja beribu, saya kata itu hak masing-masing, kalau dah mampu beli sahaja, jangan tak merasa,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori