• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Institut Kemahiran Cedera Ditikam 2 Penyamun

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Gebeng di sini, cedera di perut selepas dipercayai ditikam dua lelaki dalam kejadian samun di Jalan Pintasan Pelabuhan-Kuantan dekat Balok, malam semalam.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang mengalami kecederaan di perut dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, dengan bantuan orang awam untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata ketika kejadian, mangsa berjalan seorang diri menuju ke sebuah kedai makan sebelum ditegur dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

“Seorang daripada suspek berpura-pura bertanyakan arah jalan sebelum mengeluarkan sebilah pisau dan bertindak hendak menyamun mangsa.

“Mangsa cuba melawan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka sebelum suspek bertindak menikamnya, ” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata seorang daripada suspek merampas telefon bimbit dan dompet milik mangsa, dan kedua-dua lelaki terbabit kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Katanya mangsa ditemui oleh orang awam di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di perut sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Abdul Aziz berkata polis masih menyiasat jumlah kerugian sebenar dialami mangsa selain sedang mengesan dua suspek terbabit, dipercayai masih berada di bandar ini.

“Kes terbabit masih dalam siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: tikam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd