• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran: 8 Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Seorang pemandu lori terpaksa berputih mata apabila wang tunai didakwa berjumlah RM6,000 yang disimpan di dalam beg pinggangnya hangus dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di taman perumahan kos rendah di Kampung Geliga di sini, semalam.

Maangsa, Mat Radzi Mat Sin, 61, berkata ketika kejadian beliau sedang tidur di bahagian dapur rumahnya sebelum terhidu bau hangit dari luar rumah pada jam 3.50 petang.

Katanya, lima minit selepas itu dia menyedari salah sebuah bilik rumahnya telah terbakar dan api terus merebak ke bahagian lain.

“Saya cuba mencari bau tersebut namun tidak mengesan sesuatu yang pelik lantas kembali menyambung tidur sebelum menyedari bilik telah terbakar… saya cuba memadam dan menyimbah air namun api makin kuat.

“Saya terus berlari menyelamat diri dengan sehelai sepinggang dan lantas menghubungi pihak bomba sebelum rumah yang saya didiami bersama tujuh anak musnah,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Katanya, kejadian yang berlaku terlalu pantas itu juga menyebabkan beliau tidak sempat menyelamatkan wang tunai dalam beg pinggang yang diletakkan berhampiran tempat tidurnya.

Beliau menganggarkan jumlah kerugian kira-kira RM150,000.

Ketua Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azmi Abdul Rahim Ibrahim berkata dua buah jentera bersama 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dan Kijal telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, ketika tiba, rumah tersebut telah musnah sama sekali manakala tiga buah rumah berdekatan mengalami kerosakan sehingga 30 peratus.

“Kira-kira 15 minit kita dapat mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah bersebelahan dan tindakan pantas itu juga dapat menyelamatkan kerugian yang lebih besar,”katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd