• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemalangan Pelajar Tahfiz: Pemandu Tiada Lesen – Polis

oleh Ahmad Albab
06/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan pemandu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai sehingga menyebabkan kematian tujuh pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi Jumaat lepas, tidak mempunyai lesen.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad berkata pada awalnya terdapat percanggahan mengenai status pemandu van itu kerana pengurusan maahad berkenaan memberitahu pemandu memiliki lesen tetapi siasatan lanjut mendapati seorang guru pengiring menjadi pemandu gantian.

“Pada hari kejadian, pemandu yang sepatutnya melakukan tugas tersebut telah mengambil cuti dan digantikan dengan pemandu lain (guru pengiring).

Siasatan masih dijalankan kerana kemungkinan ada unsur kecuaian manusia malah ada saksi memberitahu van yang terbabit kemalangan itu cuba memotong sebuah kenderaan lain dan jika benar, ia pasti dipandu dalam kelajuan tinggi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Jumaat lepas, nahas yang mengorbankan tujuh pelajar maahad itu berlaku ketika sekumpulan 12 pelajar dan dua guru pengiring dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menghadiri program di Madinah Ramadan dekat Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Dalam kemalangan kira-kira 9.40 pagi itu, van yang mereka naiki dikatakan terbabas dan terjunam ke dalam tebing sebelum merempuh rumah penduduk.

Din berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Mengulas mengenai seorang pegawai polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh Khamis lepas, Din berkata kes itu masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata sehingga kini siasatan mendapati tiada pembabitan pihak ketiga atau unsur jenayah dan ia lebih kepada kemalangan senjata. – BERNAMA

Tags: Pelajar Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

18/04/2023
0

KOTA BHARU: Seorang pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki bersama 11 rakan terbabas ke dalam parit di Taman Bendahara,...

Rakaman Pelajar Tahfiz Ditampar, Ditendang Tular

Rakaman Pelajar Tahfiz Ditampar, Ditendang Tular

12/08/2022
0

SHAH ALAM - Satu rakaman insiden beberapa pelajar tahfiz dipukul tular menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd