• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemasangan 8,000 Lampu Jalan Di Kedah Siap Oktober

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Pemasangan 8,000 unit lampu jalan kampung di 15 kawasan Parlimen di seluruh Kedah dijangka siap menjelang Oktober ini, kata Pengurus Besar (Bahagian Pembahagian) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kedah, Ismail Lathifi Teh @ Saman.

Beliau berkata, kerja pemasangan lampu sudah bermula awal tahun ini yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan kampung.

“Setiap kawasan Parlimen diperuntukkan 500 unit lampu jalan. Projek ini adalah usahasama TNB dan KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)… kerja pemasangan dilakukan oleh TNB dan bil dibayar oleh KKLW,” katanya selepas menghadiri Projek Mesra Rakyat Tahun 2017 Peringkat Negeri Kedah di Kampung Zainal Abidin Johari, Bedong, di sini, hari ini.

Katanya lokasi pemasangan kebanyakan melibatkan kawasan seperti selekoh, simpang dan tempat tumpuan ramai seperti masjid.

Sementara itu, mengulas mengenai kes kecurian kabel, beliau berkata, aktiviti kecurian lazimnya bermusim iaitu sewaktu kenaikan harga besi dan oleh individu menghadapi masalah penyalahgunaan dadah.

“TNB ada unit keselamatan dan unit peronda yang membuat pemantauan dan rondaan 24 jam, bagaimanapun saya berharap agar pemimpin dan penduduk setempat dapat menjadi mata dan telinga TNB untuk melaporkan jika berlaku kecurian,” katanya.

Terdahulu, penyerahan dua kunci rumah Projek Mesra Rakyat TNB yang setiap unit berharga RM30,000 kepada dua penerima, disempurnakan Menteri diJabatan Perdana Menteri merangkap Anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Senator Datuk Jaspal Singh.

Dalam pada itu, penerima rumah terbabit yang merupakan ibu tunggal, Lee Guek Hong, 49, dan P Susila, 52, masing-masing menzahirkan rasa gembira di atas sumbangan TNB itu. – BERNAMA

Tags: Kedahlampu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd