• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ada Yang Cemburukan Saya Dengan Izreen Azminda”

oleh Ahmad Albab
16/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Amar Baharin mendedahkan ada pihak yang cemburu terhadap hubungan rapatnya dengan aktres Izreen Azminda selepas mereka digosipkan sedang bercinta.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 29, berkata, pihak tersebut kebanyakkannya menyatakan perasaan cemburu dan kurang senang mereka di laman sosial peribadi kedua-dua artis ini.

“Ya, ada yang cemburu dan memberi komen yang bukan-bukan di laman sosial kami. Ada juga peminat yang tukar-tukar muka pada gambar Izreen kepada muka mereka.

“Tapi setakat ini tidaklah teruk hingga boleh menjejaskan keselamatan kami,” katanya kepada mStar Online.

Amar berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungan rapatnya dengan pelakon Izreen Azminda selepas drama bersiri popular Kerana Terpaksa Aku Relakan.

izreen2

Izreen Azminda

Tambah Amar, hubungannya dengan pelakon wanita itu masih rapat seperti dahulu, namun belum memutuskan sebagai pasangan kekasih.

Katanya, dia lebih selesa menganggap Izreen sebagai kawan rapat dan tempat dia berkongsi segala masalah tentang kerja dan peribadi.

“Kawan rapat sahajalah, itu lebih mudah daripada bercinta. Saya lagi takut kalau hubungan kawan itu bertukar menjadi cinta.

“Hubungan cinta kalau putus akan merosakkan hubungan persahabatan, jadi biarlah kami kawan rapat sampai bila-bila,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjayanya, Amar berkata, buat masa ini dia sedang bercuti sehingga awal tahun 2015.

Jelasnya, dia mengambil masa ini untuk berehat selepas tamat drama Suamiku Encik Sotong yang mengambil masa dua bulan penggambaran.

“Saya baru saja tamat penggambaran drama Suamiku Encik Sotong selama dua bulan. Sekarang ini rehat hujung tahun dan habiskan masa dengan keluarga, Insya-Allah awal tahun depan sambung bekerja semula,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd