• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Thai Diminta Bantu M’sia Tangani Aktiviti Jenayah

oleh Ahmad Albab
02/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATUN, (Selatan Thailand) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah memohon kerjasama pihak berkuasa dan rakyat Thailand membantu pihak berkuasa Malaysia mengekang aktiviti jenayah ke arah menyuburkan hubungan harmoni antara kedua-dua negara.

Menurut baginda isu-isu di sempadan seperti pemerdagangan manusia terutama yang melibatkan warga asing, pencerobohan bot nelayan dan penyeludupan menjadi isu global yang memerlukan kerjasama kedua-dua pihak berkuasa untuk menanganinya.

“Saya berharap perhatian serius diberikan terhadap perkara ini agar keselamatan bersama terjamin,” titah baginda pada majlis Ziarah Ihya Ramadan MAIPs Bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke Wilayah Satun di Masjid Bukit Bunga di sini, semalam.

Lawatan Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) turut disertai Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam kunjungan program bagi tahun ketiga itu.

Turut hadir Pengarah Wilayah Utara APMM (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) Laksamana Pertama Zulkarnain Mohd Omar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs (CEO), Mohd Nazim Mohd Noor, beberapa ketua jabatan negeri dan persekutuan serta Naib Canselor dan Rektor institusi pengajian tinggi di Perlis.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin lagi ancaman aktiviti keganasan dan militan seperti Daesh juga dapat disekat selain menghalang penyeludupan senjata api melalui Thailand ke Malaysia apabila kerjasama Malaysia-Thai menjadi lebih mantap.

“Kami mengambil berat ketegasan kerajaan Thailand terhadap penyeludupan daun ketum yang banyak ditanam di negeri-negeri di utara Malaysia ke Thailand dan sebab itu pembanterasan aktiviti penyeludupan bahan terlarang itu dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh pihak berkuasa Malaysia,” tambah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyentuh isu perkahwinan rakyat Malaysia dengan Thailand dan meminta mereka yang terlibat supaya mendaftar perkahwinan tersebut di Pejabat Konsul Malaysia bagi memudahkan proses dokumentasi supaya anak-anak tidak menjadi mangsa kelak.

Rakyat Thailand yang berniaga di Malaysia juga diminta mendaftar perniagaan mereka supaya dapat berniaga secara sah selain untuk mengelak terbabit dengan aktiviti penyeludupan manakala pelancong Thai yang menggunakan van untuk memasuki Malaysia perlu mematuhi undang-undang Malaysia, titah baginda.

CEO MAIPs Mohd Nazim pula berkata MAIPs memperuntukkan RM25,000 bagi melaksanakan program itu dengan menyumbang kurma dan wang tunai kepada asnaf serta penapis air kepada Masjid Nurulebadah di Kok Serai, Masjid Ban Tanjung Keling dan Masjid Bukit Bunga di pulau-pulau di Wilayah Satun.

Katanya MAIPs memilih menyantuni umat Islam di wilayah tersebut untuk memenuhi pembayar zakat dan penderma supaya MAIPs memperluaskan aktivitinya.

“Oleh kerana hubungan kami dengan enam Wilayah Andaman di selatan Thai baik, aktiviti seperti ini diharap dapat memperkukuh hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang demi kemajuan umat Islam amnya,” kata Mohd Nazim.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Mejar (K) Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam menyumbangkan buku kepada sekolah-sekolah di Kok Serai, Ban Tanjung Keling dan Bukit Bunga.

Rektor Universiti Institut Teknologi Mara Perlis, Zailuddin Ariffin turut menyumbangkan buku dan lima buah almari guna pakai untuk murid-murid sekolah tersebut. – BERNAMA

Tags: Raja Muda PerlisWarga Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

Pemandu Van Warga Thailand Didakwa Sebabkan Wanita Maut

08/02/2026
0

JITRA: Pemandu van warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan...

Lima Sami Palsu Warga Thailand Kutip Sedekah Ditahan

Lima Sami Palsu Warga Thailand Kutip Sedekah Ditahan

12/03/2023
0

Bukit Mertajam : Polis menumpaskan sindiket meminta sedekah yang dijalankan oleh sami palsu dari Thailand selepas menahan lima warga asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd