Sample Page Title

Bukit Mertajam : Polis menumpaskan sindiket meminta sedekah yang dijalankan oleh sami palsu dari Thailand selepas menahan lima warga asing termasuk seorang warga emas dalam serbuan di dua pasar awam di sini, pada 8 dan 10 Mac lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, bertindak hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan, pihak polis menjalankan serbuan di Pasar Awam Bukit Mertajam di sini pada 9.30 pagi sebelum menahan dua lelaki dan dua wanita warga Thailand di situ.

“Pihak polis merampas empat bekas mangkuk dan wang tunai RM40 daripada mereka yang menyamar sebagai sami untuk mengutip sedekah.

“Manakala serbuan kedua jam 7.15 pagi pada Jumaat di Pasar Awam Taman Chai Leng, Perai di sini, kami menahan seorang lagi lelaki bersama duit RM158 yang turut menjalankan kegiatan sama.

“Siasatan awal mendapati semua mereka berusia 41 hingga 64 tahun itu masuk ke negara ini menerusi pintu masuk Bukit Kayu Hitam, Kedah sejak Februari dan awal bulan ini dengan telah beberapa kali ke sini untuk menjalankan kegiatan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Katanya, siasatan awal mendapati kegiatan mereka itu didalangi lelaki warga tempatan yang berperanan menyediakan rumah dan menghantar sami palsu tersebut ke beberapa lokasi terutama pasar awam sekitar daerah ini untuk meminta sedekah serta usaha mengesan suspek giat dijalankan.

“Penahanan mereka juga mendapat kerjasama daripada Konsulat Thailand yang berperanan untuk memastikan sama ada individu tersebut adalah sami yang sebenar atau palsu, berdasarkan maklumat konsulat juga setiap sami yang sebenar akan memakai pakaian sami dalam pasport mereka,” katanya.

Tan berkata, sami palsu itu dipercayai mampu mengutip sedekah sehingga RM500 setiap hari dalam tempoh antara empat dan lima jam.

Katanya, tindakan mereka itu telah menyebabkan sami yang sebenar gagal mendapatkan sumbangan daripada orang ramai.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...