• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Terpaksa Kurung Suami Mengamuk Di Bilik

oleh AK-47
02/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT takut dicederakan, seorang isteri terpaksa mengurung suaminya yang sedang mengamuk di dalam bilik rumah mereka Kampung Sungai Tua, Selayang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, sang suami dikatakan cuba mencederakan isterinya selain telah bertindak memecahkan siling dan cermin tingkap rumah mereka.

Malah, mangsa yang ketakutan turut melarikan diri dan meminta bantuan abang iparnya untuk menghubungi pihak polis.

Menurut ahli keluarga, sehari sebelum kejadian, lelaki berusia 41 tahun itu juga pernah mengacukan pisau ke arah anak dan isterinya namun berjaya ditenangkan.

Difahamkan, lelaki itu mempunyai masalah emosi dan belum pernah mendapatkan rawatan.

Menurut Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari, setiba pihaknya di lokasi, didapati ahli keluarga lelaki itu berada di luar rumah bersama pihak polis manakala lelaki itu terkurung di dalam bilik tidur.

“Pihak polis mengambil masa lebih setengah jam untuk memujuk lelaki itu supaya bertenang dan tidak bertindak di luar jangkaan.

“Lelaki itu akhirnya mengalah dengan pujukan pihak polis selain kelihatan kepenatan berikutan kejadian itu.

“Anggota APM mendapat kebenaran pihak polis untuk memberi rawatan kepada lelaki itu yang dilihat sedang terbaring di atas katil.

“Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Susulan insiden itu, lelaki tersebut turut mengalami luka di bibir kerana terkena serpihan kaca. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Tags: lelakiSuami Isteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd