• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Terus Berkhidmat Kepada Pengundi DUN Nenggiri

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) Kelantan akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri walaupun penyandangnya dari UMNO dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata pihaknya akur dengan keputusan dibuat Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub yang melucutkan kelayakan penyandang kerusi itu, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani kerana muflis.

“Sepanjang berkhidmat selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Saudara Mat Yusoff telah memberi khidmat terbaik dan penuh komitmen kepada pengundi Nenggiri.

Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa beliau dan pada masa yang sama berharap insiden ini menjadi teladan kepada wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang lain supaya ia tidak berulang di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Sebelum ini, Abdullah dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim petang tadi mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Mat Yusoff diisytiharkan muflis, selepas menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas.

Beliau berkata Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi ADUN Kelantan. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Mustapa MohamedDUN Neggiri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd