• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah

oleh Ahmad Albab
01/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Polis menembak mati tiga penjenayah di persimpangan lampu isyarat Kampung Parit Bunga di sini, jam 9.50 pagi tadi.

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya ketiga-tiga suspek terbabit dalam kes samun membabitkan mangsa yang baru mengeluarkan wang dari bank dan dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kumpulan di Kelantan yang ditumpaskan baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pagi tadi pihak polis menerima maklumat daripada orang ramai ada sebuah kereta jenis BMW dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, susulan itu pasukan polis yang membuat rondaan cegah jenayah kemudiannya dimaklumkan mengenai maklumat berkenaan dan terserempak dengan kereta terbabit di kawasan lampu isyarat di Kampung Parit Bunga di sini.

“Pihak polis kemudian mengarahkan kereta terbabit supaya berhenti tetapi secara tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dilepaskan dari dalam kereta suspek.

“Polis kemudiannya membalas tembakan untuk mempertahankan diri dan dapat menembak mati ketiga-tiga suspek berkenaan.

“Selepas diperiksa didapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang identiti dan mereka dianggarkan berusia antara 30 hingga 40 tahun.

“Pihak polis juga masih giat melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti semua suspek,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. – Berita Harian

Tags: Tembak Mati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd