• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aset Ketenteraan Diletakkan Di Tahap Tertinggi

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Aset ketenteraan yang berada di Pangkalan Udara Labuan sentiasa diletakkan di tahap kesiap-siagaan tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman pengganas seperti yang berlaku di Bandar Marawi, selatan Filipina, baru-baru ini.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Datuk Seri Affendi Buang berkata Pangkalan TUDM Labuan ketika ini diiktiraf sebagai pangkalan hadapan kerana ia berhampiran dengan perairan timur Sabah.

“Sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini berhampiran perairan timur Sabah maka Pangkalan TUDM Labuan boleh bertindak pantas dan bersedia untuk respons.

“Kawasan timur Sabah diberi keutamaan kerana perkara yang berlaku sekarang (ancaman keselamatan negara).

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian perutusan Panglima TUDM bersempena sambutan Hari TUDM ke-59 di Pangkalan Udara Subang, di sini, hari ini.

Beliau berkata TUDM ada semua detasmen di Pangkalan Udara Labuan dan ia juga digunakan bagi membantu pesawat TUDM yang berada di Tawau dan Sandakan.

“Pada setiap masa TUDM akan bawa pesawat dari semenanjung untuk buat ‘detachment’ dan kita buat penggiliran di pangkalan berkenaan,” katanya.

Affendi turut melancarkan lencana terbaharu Cawang Tadbir yang akan diguna pakai semua pegawai dan anggota Cawang Tadbir berkuat kuasa hari ini.

“Reka bentuk lencana baharu ini adalah bercirikan inovasi moden, futuristik dan seiring dengan logo ‘Air Force Next Generation,” katanya.

Selain itu, TUDM melancarkan buku mewah Pasukan Khas Udara yang merupakan cetusan idea Asisten Ketua Staf Tadbir Brig Jen Datuk Dr Ismail Manuri. – BERNAMA

Tags: Jen Datuk Seri Affendi BuangPanglima TUDMTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

20/06/2026
0

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima penyerahan rasmi sistem persenjataan FN MAG 58M 7.62mm bagi helikopter EC 725...

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd