• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Puji Terengganu Sumbang Pelajar Cemerlang

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Langkah kerajaan Terengganu mendepositkan sumbangan kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan ke dalam akaun simpanan SSPN-i dipuji Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata ia satu langkah bijak dalam usaha menyuburkan budaya menyimpan dari usia yang muda.

“Ini satu langkah bijak dalam membantu mereka melaburkan wang demi masa depan mereka dan menggalakkan menabung dari usia yang muda berbanding kita bagi ‘one-off’ sumbangan yang habis begitu sahaja.

“Ia juga selari dengan matlamat PTPTN yang tidak mahu rakyat bergantung sepenuhnya kepada dana PTPTN untuk melanjutkan pelajaran dan beralih kepada sistem simpanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama pimpinan kerajaan Terengganu dan pemberian sumbangan Hari Raya oleh Biro Kebajikan UMNO Malaysia di kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu di Seri Iman di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, barisan kepimpinan dan pegawai kanan negeri Terengganu serta penduduk setempat.

Mengulas lanjut Shamsul Anuar yang juga pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia berkata PTPTN akan meneruskan program tanggungjawab korporat sosial (CSR) dengan memfokuskan kepada pendidikan.

“Macam hari ini, kita memberi bantuan berjumlah RM60,000 untuk kelengkapan makmal komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu. Insyaallah, program sebegini akan diperluaskan ke negeri-negeri lain dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Shamsul Anuar NasarahPTPTNSSPN-i
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd