• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM18j Setahun Biayai Bil Elektrik Penduduk Miskin Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Kerajaan pusat membelanjakan RM18 juta setahun melalui rebat elektrik RM20 dan ke bawah kepada 75,000 penduduk miskin di Kelantan, kata Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Ir Mohd Yuslan Mohd Yusof.

“Kelantan adalah antara negeri yang tertinggi di negara ini mendapat pembiayaan itu,” katanya kepada pemberita selepas program “Jom Ke Sekolah” yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN/BN) Selising Zulkifli Ali di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal di sini, hari ini.

Pada program berkenaan TNB membelanjakan RM50,000 untuk sumbangan pakaian sekolah kepada 200 pelajar miskin daripada sembilan sekolah rendah di kawasan DUN Selising.

Kerajaan memperkenalkan program pengecualian membayar bil elektrik bulanan RM20 dan ke bawah bermula Oktober 2008 khusus kepada pengguna domestik daripada golongan berpendapatan rendah.

Ia merupakan antara usaha dan keprihatinan kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka.

Sementara itu, mengenai persiapan menghadapi banjir, Mohd Yuslan berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas yang akan bertugas 24 jam apabila banjir diisyitiharkan di sesuatu kawasan.

Beliau berkata pihaknya akan menutup pencawang elektrik jika keadaan memaksa dan membahayakan penduduk, serta membekukan cuti 1,500 pegawainya. – BERNAMA

Tags: KelantanTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd