• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne

oleh
01/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebuah pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur lewat Rabu cuba ‘dirampas’ seorang penumpang, lapor media Australia.

Pesawat MH128 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine Melbourne pukul 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang 5.28 pagi Khamis.

Bagaimanapun, pesawat MAB jenis Airbus A330-300 itu dilaporkan berpatah balik ke lapangan terbang kedua tersibuk di Australia tersebut beberapa minit kemudian ekoran cubaan gangguan daripada seorang penumpang.

“MH128 kembali semula ke Melbourne selepas Kapten yang bertugas dimaklumkan oleh seorang krew kabin mengenai percubaan seorang penumpang mahu memasuki bilik kokpit pemandu pesawat,” kata kenyataan MAB.

Because of the security incident on flight #MH128 flights bound for Melbourne Airport are now diverting to other airports. pic.twitter.com/dE3Xxuogyx

— Flightradar24 (@flightradar24) May 31, 2017

Syarikat penerbangan kebangsaan itu seterusnya memaklumkan bahawa keselamatan adalah keutamaan MAB dan MH128 tersebut berjaya mendarat semula di Melbourne pada pukul 11.41 malam waktu standard Australia timur.

Pesawat kemudian ditempatkan di petak ditetapkan dan menunggu bantuan keselamatan daripada pihak berkuasa, manakala semua penerbangan lain masuk ke Melbourne turut dilencongkan ke lapangan terbang yang berdekatan.

Wartawan stesen penyiaran tempatan SBS News, Brianna Roberts melaporkan bahawa seorang penumpang disyaki mahu menceroboh itu cuba ditahan oleh 11 penumpang lain dan suspek dikatakan berlari memasuki ruang kokpit.

Dia dipercayai memegang sejenis peranti elektronik yang berfrekuensi, namun bukan berbentuk bahan letupan dan beberapa pengumuman dalam pesawat MAB itu turut menyatakan ada berlaku insiden dengan situasi keselamatan.

Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne

Dalam pada itu, portal penjejakan penerbangan antarabangsa, Flightradar24 mendedahkan laluan MH128 tersebut kelihatan berpatah balik ke Melbourne dan beberapa pesawat yang menuju ke sana turut dilencong ke tempat lain.

Seorang wanita dikenali sebagai Vanessa yang teman lelakinya, Andrew merupakan penumpang pesawat MAB itu memberitahu stesen radio tempatan 3AW bahawa suspek mulanya mengancam mahu meletupkan kapal terbang.

“Kekasih saya cuba menghalang suspek daripada memasuki ruang kokpit ketika beberapa petugas pesawat kelihatan cemas ketakutan sebelum lelaki itu berlari ke tempat lain tetapi dapat diberkas penumpang,” kata wanita tersebut.

Laporan media tempatan yang belum disahkan menyatakan bahawa lapangan terbang utama ibu negeri Victoria itu juga terpaksa ditutup sementara untuk operasi keselamatan khas pihak berkuasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MABMalaysia Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd