• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Temukan Kalimah Allah Pada Alat Mainan

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Seorang guru membuat aduan polis di sini berhubung sejenis alat mainan blok yang dibeli untuk anak bongsunya mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam.

Mahnun Mat Isa, 40, berkata beliau terkejut apabila menemukan kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ dilekatkan pada bendera dipegang watak ‘pengganas’ pada alat permainan itu.

Lebih memeranjatkan, beliau berkata watak ‘pengganas’ tersebut merupakan seorang lelaki yang memakai serban.

“Saya menyedari tentangnya selepas anak bongsu saya bermain permainan itu sambil menunjukkan watak ‘pengganas’ berserban dan memegang bendera memaparkan kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Mahnun berkata, terkejut dengan perkara itu beliau segera membuat laporan polis dan di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lepas.

Dia membeli alat permainan tersebut yang dihasilkan di China dari sebuah kedai alat permainan di Taiping, 24 Mei lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan guru tersebut. – BERNAMA

Tags: Gurukalimah Allah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd