• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Rasmi Projek ToD Cyberjaya City Centre

oleh Ahmad Albab
31/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan projek pembangunan beroreintasikan transit (ToD) dikenali sebagai Cyberjaya City Centre, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5.3 bilion, bagi fasa pertama projek.

Projek pembangunan bersama antara Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Cyberview Sdn Bhd itu akan dimajukan dalam tiga fasa dengan GDV sebanyak RM11 bilion.

Perdana Menteri berkata projek ToD itu akan meningkatkan hab teknologi negara dan Cyberjaya City Centre merupakan pembangunan berimpak tinggi yang menjadi kunci utama pelaburan di Cyberjaya.

“Projek ini merupakan ‘game changer’ (pembawa perubahan) yang bakal melengkapkan lagi transformasi Cyberjaya sebagai Hab Teknologi Global dan bandar pintar,” katanya.

Najib berkata ekonomi digital mempunyai potensi untuk menyumbang 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara menjelang 2020.

“Dalam menggerakkan ekonomi digital, pembangunan ekosistem digital yang kondusif perlu dititik beratkan.

Beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, agenda ekonomi digital telah dipergiatkan dan diperhalusi dari semasa ke semasa menerusi pelbagai inisiatif dan kerjasama yang telah diperkenalkan untuk mengukuhkan lagi matlamat ini.

Najib berkata syarikat-syarikat teknologi di Cyberjaya berjaya menjana perolehan lebih RM12.5 bilion pada tahun lepas.

“Ini merupakan peningkatan 28 peratus daripada 2015, dan jumlah pelaburan syarikat-syarikat ini pada 2016 mencecah lebih RM8 bilion,” kata beliau dan menambah Cyberjaya kini mempunyai lebih 800 syarikat teknologi dengan 48 daripadanya adalah syarikat multinasional.

Sementara itu, ciri utama projek ToD Cyberjaya City Centre ialah kesalinghubungannya melalui rel dan jalan.

Terletak bersebelahan dengan Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan Malaysia, ia dihubungkan dengan Kuala Lumpur melalui dua lebuh raya utama dan akan diintegrasikan dengan Laluan 2 MRT (Kajang-Serdang-Putrajaya).

Cyberjaya City Centre akan mempunyai pusat konvensyen dan hotel, menara pejabat bersepadu dengan stesen MRT, pusat membeli-belah serta pangsapuri berperkhidmatan dengan ruang niaga dan akan membentuk sebahagian penting Koridor Raya Multimedia Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd