• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Tuntut Keadilan Ke Atas Pasukan Kelantan

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mahu pihak pengurusan bola sepak negara, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) berlaku adil terhadap isu yang dihadapi oleh persatuan itu ketika ini.

Annuar berkata pihak pengurusan FMLLP tidak seharusnya melakukan sesuatu tindakan secara bebas tanpa mengadakan perbincangan bersama KAFA berkaitan tindakan yang dikenakan terhadap pasukan The Red Warriors (TRW) itu.

“Kita (Kelantan) pasukan miskin, pasukan kais pagi makan pagi, pasukan yang didokong orang yang tiada pangkat atau kuasa…bukan MB (Menteri Besar) dan bukan istana namun jangan buat sesuka hati, kita hanya mahu keadilan dalam bersukan,” katanya pada halaman Facebooknya hari ini.

Kelantan ketika ini menghadapi isu sekatan pendaftaran pemain import baharu selain daripada isu tunggakan gaji dan juga permotongan enam mata pada saingan Liga Super musim ini.

Annuar berkata sepatutnya pihak yang bertanggungjawab terhadap badan gabungannya membawa KAFA berunding berkaitan masalah yang dihadapi ketika ini.

“Kelantan tidak dibawa beruding, konsultasi supaya masalah yang dihadapi dapat difahami, ini bermula dengan pelbagai tuduhan terhadap saya hingga merebak ke MARA (Majlis Amanah Raya) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Tidak cukup di situ pasukan di potong mata, kemudian mahu dihalang usaha penambahbaikan pasukan. Apa salah sekiranya The Red Warriors (TWR) diperkuatkan? atau kerana Kelantan miskin dibolehkan jual segala yang ada tapi tidak boleh baiki atau perkuat kembali,” katanya.

Pada awal bulan ini, Kelantan antara empat pasukan dipotong mata berikutan kegagalan menyelesaikan tunggakan gaji pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia sejak musim 2015 dan 2016.

Tiga lagi pasukan yang turut dikenakan tindakan yang sama oleh FMLLP ialah Perlis, ATM, dan T-Team. – BERNAMA

Tags: KAFATan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mantai Perdana Tahun Ini Berbeza Melibatkan Harga

Next Post

MB Didesak Beri Penjelasan Maaf Kepada Sultan Selangor

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

Next Post

MB Didesak Beri Penjelasan Maaf Kepada Sultan Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd