• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Bukan Islam Masuk Masjid Bukan Isu Baru

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Insiden berulang pemimpin politik bukan Islam memasuki masjid untuk tujuan politik di Selangor menunjukkan sikap individu yang tidak menghormati sensitiviti orang Islam, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Merujuk kes Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di dalam masjid, Noh berkata ia bukan isu baharu kerana perbuatan sedemikian pernah dilakukan oleh seorang Anggota Parlimen wanita daripada DAP sebelum ini.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata perbuatan itu bertentangan dengan tegahan Sultan Selangor yang tidak membenarkan rumah ibadah dijadikan medan untuk berpolitik.

“Walaupun tindakan seperti itu pernah dilakukan dan mendapat bantahan ramai tetapi perkara tersebut tetap berulang kerana sikap individu itu sendiri yang mungkin tidak menghormati rumah ibadah dan sensitiviti orang Islam,” katanya ketika ditemui media selepas mengagihkan bubur lambuk kepada warga kementeriannya di sini hari ini.

Noh mengulas berkenaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dilaporkan murka dan dukacita terhadap tindakan Sivarasa memberi ceramah berkaitan politik di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang Rabu lepas.

Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat daripada PKR itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak.

Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin telah menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil tindakan segera kerana baginda menyifatkan tindakan nazir masjid serta penganjur seolah-olah tidak menghormati titah baginda yang melarang ruang masjid digunakan untuk aktiviti politik.

Mengulas lanjut, Noh berkata teguran Sultan Selangor itu amat tepat dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak apatah lagi ketika ini umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Noh OmarUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd