• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Bukan Pentas Untuk Ceramah Politik

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS menasihatkan mana-mana pihak terutama anggota Parlimen bukan Islam agar tidak menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik walaupun dibenarkan menziarah.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun orang bukan Islam dibenarkan untuk menziarahi masjid namun dalam masa yang sama mereka perlu sopan dan menjaga tatacara dalam masjid.

“Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat bagi saya itu tak jadi masalah…(tapi) tak sepatutnyalah kalau guna untuk (tujuan) politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan dukacita terhadap tindakan Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa, yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim dipetik sebagai berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.

Mohd Amar berkata walaupun ramai wakil rakyat PAS menziarahi masjid dan surau terutama ketika Ramadan untuk bertarawih dan sebagainya, namun mereka tidak pernah sekalipun menggunakan tempat ibadat tersebut untuk mengadakan ceramah politik.

“Kita memang pergi ke masjid dan surau, cuma tak kempen pasal politiklah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Amar Nik Abdullahmasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd