• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumi Armada Untung Lebih Tinggi Dalam Suku Pertama

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keuntungan sebelum cukai Bumi Armada Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2017, meningkat kepada RM73.62 juta daripada RM55.94 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2016.

Pendapatan bagaimanapun menurun kepada RM404.17 juta daripada RM430.77 mllion sebelum ini, disebabkan, antara lain, pengiktirafan daripada bayaran-bayaran tambahan bagi projek pemunggahan dan simpanan pengeluaran terapung dari tahun hingga tarikh semasa, penggunaan kapal sokongan luar pesisir (OSV) dan sumbangan yang lebih rendah daripada projek LukOil di Laut Caspian.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perkhidmatan medan minyak itu, berkata penurunan harga minyak pada suku pertama 2017, akan terus melunturkan sentimen pasaran.

“Syarikat-syarikat minyak dijangka kekal berhati-hati dalam jangkamasa yang singkat, bagaimanapun, kami telah melihat beberapa tanda-tanda positif dalam pasaran minyak khususnya selepas syarikat-syarikat minyak mempertimbangkan untuk memulakan beberapa projek baharu,” katanya.

Bumi Armada berkata, unjuran bagi aktiviti penerokaan masih samar-samar, ini bermakna pemulihan yang lebih lambat untuk pasaran OSV.

Walaupun dengan keadaan yang tidak menentu ini, kumpulan akan terus berusaha mendapatkan peluang-peluang baharu bagi memenuhi kriteria dalaman untuk keseimbangan risiko dan pulangan, serta terus fokus ke atas peningkatan kecekapan dan produktiviti dalam struktur perniagaan. – BERNAMA

Tags: Bumi Armada Bhd
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shaharul Rezza Berundur Daripada Bumi Armada, OMS

09/02/2018
0

KUALA LUMPUR – Pengarah Eksekutif Bumi Armada Bhd/Ketua Offshore Marine Services (OMS), Shaharul Rezza Hassan, telah meletak jawatan. Pembekal perkhidmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd