KUALA LUMPUR – Pengarah Eksekutif Bumi Armada Bhd/Ketua Offshore Marine Services (OMS), Shaharul Rezza Hassan, telah meletak jawatan.
Pembekal perkhidmatan dan fasiliti tenaga luar pantai antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia itu, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Shaharul Rezza secara rasminya akan melepaskan semua jawatan pada 28 Februari ini.
“Beliau menyertai syarikat pada September 2005 dan juga adalah Ketua Pegawai Kewangan sebelum berperanan sebagai Ketua OMS,” katanya.
Bumi Armada berkata OMS akan diketuai oleh Megat Zariman Abdul Rahim berikutan pengunduran Shaharul Rezza.
Sebelum menyertai kumpulan pada April 2013, Megat Zariman pernah menjawat beberapa penting seperti Pengarah Akaun Global dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Baharu selama 22 tahun ketika berkhidmat di Schlumberger Ltd. – BERNAMA