• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Kejadian Sebenar Insiden Bayi Tercampak

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RENTETAN tragedi seorang bayi lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan di Kilometer 433.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara Ahad lalu, sebuah rakaman video menjadi tular di laman sosial mendedahkan insiden sebenar kejadian tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Aril Rizqin Redza Sharil, 3 bulan meninggal dunia pada jam 2.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Rakaman video yang dimuat naik pengguna laman sosial dengan nama Kugan Kathergesan memaparkan kenderaan yang dinaiki mangsa bersama ahli keluarganya berada di lorong kiri sebelum dihimpit sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita di lorong kanan.

Kenderaan jenis Proton Persona kelihatan memandu dalam keadaan membahayakan dan menghimpit kenderaan dinaiki mangsa sebelum kedua-duanya terbabas.

Menerusi rakaman tersebut, kenderaan yang dipandu bapa mangsa, Shahril Salleh, 32, terbabas ke dalam longkang manakala kereta Proton Persona itu berpusing ke arah bertentangan dan melanggar penghadang tengah lebuh raya.

Dalam kejadian itu, ibu mangsa, Rafnah Mongudancgal, 35, dan dua lagi adik beradiknya, Aril Hakimi Ashraf, 11, dan Aril Zakuan Haris, 4, mengalami kecederaan ringan.

Susulan kejadian itu, pemandu wanita berusia 27 tahun dari Jalan Pahlawan Bandar Mahkota, Cheras ditahan semalam bagi membantu siasatan namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan dan melakukan ujian ar kencing dan darah.

Pemeriksaan mendapati ujian saringan air kencing pemandu wanita tersebut negatif dan spesimen darahnya diambil untuk pemeriksaan ujian dadah dan alkohol di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Polis menerima laporan daripada pemandu wanita berkenaan yang mendakwa panik selepas berasa kenderaannya dihimpit dari sebelah kiri menyebabkan dia bertukar ke lorong kanan.

Bagamanapun, klip video berdurasi 34 saat yang dimuat naik dipercayai rakaman kemalangan itu jelas menunjukkan Proton Persona itu menghimpit kereta Axia, sebelum kedua-duanya terbabas.

Video Dedah Kejadian Sebenar Insiden Bayi Tercampak

Sementara itu, bapa mangsa masih belum membuat laporan polis susulan trauma dan masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, pemilik video yang juga saksi kemalangan tampil menyerahkan rakaman video insiden di Balai Polis Setapak, semalam.

Menurutnya, saksi yang melihat kemalangan tersebut tampil memberi keterangan kira-kira jam 9 malam.

“Saksi telah memberi kerjasama yang baik dan menerangkan dengan jelas bagaimana kemalangan tersebut berlaku.

“Saksi juga telah menyerahkan rakaman video serta alat perakam video tersebut kepada pihak polis untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas menerima laporan daripada agensi yang berkaitan.

Menurutnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –MYNEWSHUB.CC

Video Dedah Kejadian Sebenar Insiden Bayi Tercampak

Tags: bayirakamanvideo
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd