• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Sikap Mudah Berpuas Hati – Najib

oleh Ahmad Albab
31/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota perkhidmatan awam berusaha ke tahap kemampuan maksimum atau melebihi had dan menolak sikap mudah berpuas hati dengan pencapaian yang “lebih kurang atau ok” sahaja.

Mengakui beliau tidak boleh menjadi perdana menteri yang berkesan tanpa perkhidmatan awam yang berkesan, Najib berkata beliau mahu penyelesaian secara kreatif dan inovatif diamalkan untuk mencapai sasaran lonjakan berganda untuk Malaysia.

“Jika kita boleh melaksanakan sesuatu perkara secara kolektif, output (hasil) mesti lebih besar, menyeluruh dan bermakna lagi.

“Kita perlu sentiasa berusaha mencari penyelesaian kreatif dan inovatif,” katanya pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa menjadi moderator majlis dialog tersebut yang dihadiri kira-kira 1,300 penjawat awam.

Mengambil contoh Pusat Transformasi Bandar (UTC), Najib berkata inisiatif itu adalah penyelesaian kreatif bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di samping mewujudkan semangat persaingan dalam kalangan jabatan dan agensi di bawah satu bumbung.

“UTC diiktiraf di seluruh dunia dan tiada negara negara yang boleh buat UTC seperti Malaysia.

“Hebatnya UTC ini, produktivitinya bertambah kerana ada jabatan lain di sebelahnya dan ada pelbagai jabatan di bawah satu bumbung, jadi ini mewujudkan sikap saingan,” katanya.

Perdana Menteri berharap perkhidmatan awam tidak menentang perubahan supaya Malaysia tidak ketinggalan.

Beliau berkata antara contoh inisiatif kreatif adalah perkhidmatan Uber yang hanya bermula dengan dua buah kereta di San Francisco, Amerika Syarikat dan kini menyediakan tiga juta kenderaan sehari di puluhan negara dengan pulangan lebih US$62 bilion (RM265.16 bilion).

Selain mendokong dan melaksanakan dasar kerajaan, Najib turut menekankan kepentingan setiap jabatan dan penjawat awam berkerjasama antara satu sama lain.

“Misalnya dalam kerajaan ada terlalu banyak tabung dan dana, kita mahu satukan. Kementerian yang ada dana itu akan pertahankan kerana itu ‘turf’ (gelanggang) atau program dia.

“Sama ada kita sanggup mengorbankan sedikit pengaruh atau kuasa kita tetapi memberi keuntungan kepada negara dan rakyat. Adakah kita mempunyai sikap sedemikian dalam perkhidmatan awam?, “katanya.

Perdana Menteri turut menekankan penjawat awam yang mempunyai set kemahiran seperti mengurus data raya dalam pentadbiran supaya lebih fokus kepada keperluan rakyat.

Katanya, penjawat awam sebagai pengawal selia juga perlu mempunyai minda sebagai fasilitator supaya lebih disenangi oleh rakyat.

Dalam sesi dialog yang berlangsung selama dua jam itu, pelbagai pandangan dan cadangan dilontarkan oleh penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi mengenai aspirasi mereka terhadap Malaysia bagi 30 tahun akan datang.

Antara pandangan yang disuarakan termasuk memperkasakan sistem pendidikan bagi melahirkan generasi masa hadapan yang berakhlak serta memantapkan sistem pengangkutan dan kesihatan.

“Saya dapati sesi dialog dengan penjawat awam muda ini sangat memberangsangkan lebih-lebih lagi sebahagian besar telah cuba melakar aspirasi Malaysia 2050 nanti” kata Najib. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd