• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Lancar Kempen ‘Value Food No Waste’

oleh Ahmad Albab
31/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mencemar duli melancarkan kempen ‘Value Food No Waste’ sempena program ‘Gerak Prihatin MAIPs@Ramadan Al-Kareem di Tapak Bazar Ramadan Mata Ayer, semalam.

Program edisi perrtama tahun 1438 Hijrah itu dianjurkan bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ) serta Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin mengulangi titah baginda pada tahun lepas supaya rakyat negeri Perlis membawa sendiri bekas makanan seperti mangkuk tingkat semasa membeli juadah.

“Beta mahu rakyat berfikir dan mengamalkan budaya serta mentaliti kelas pertama dengan membeli keperluan yang wajar sahaja bagi mengawal perbelanjaan untuk mengelak pembaziran makanan.

“Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan penjanaan sampah plastik malah kebersihan persekitaran dapat dipelihara. Ciri-ciri ini melambangkan masyarakat bermentaliti kelas pertama,” titah baginda.

Pengarah SWCorp Perlis, Mohd Hidy Md Dzahir pula berkata program tersebut berasaskan Strategi Lautan Biri Kebangsaan (NBOS) dengan MAIPs dan MPK turut mengedarkan risalah Kempen Pengurangan Penggunaan Plastik dengan menggalakan penggunaan mangkuk tingkat.

“Mesej kita memberi kesan apabila ada kalangan pengunjung bazar membawa sendiri bekas untuk mengisi juadah dan saya yakin amalan ini yang selari dengan matlamat kelestarian alam sekitar akan juga meningkatkan kualiti kehidupan,” katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nizam Mohd Noor dan Yang diPertua MPK, Khairin Nazry Karim serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd