• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilik Aeon Terbakar, Asap Memenuhi Mid Valley

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUASANA di dalam pusat beli belah terkenal, Mid Valley, Bangsar menjadi huru-hara, semalam apabila tiba-tiba asap memenuhi ruang udara bangunan itu kira-kira jam 8.15 malam.

Bagaimanapun, persoalan kemunculan asap itu terjawab apabila loceng kecemasan berbunyi memberi tanda berlaku kebakaran.

Kebakaran itu dilaporkan berlaku di sebuah bilik dalam pasar raya Aeon dalam pusat beli-belah itu di tingkat tiga.

Menurut Ketua Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, seramai sembilan anggota telah dikerah ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu 8.24 malam.

Bilik Aeon Terbakar, Asap Memenuhi Mid Valley

“Hasil pemeriksaan mendapati bunyi loceng kecemasan datang dari sebuah pasar raya di dalam pusat beli-belah itu dan terdapat bau asap.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kebakaran berlaku di sebuah bilik di tingkat tiga pasar raya terbabit dan anggota berjaya memadamkan kebakaran itu.

“Siasatan lanjut berhubung punca kebakaran masih dijalankan oleh Bahagian Penyiasatan kebakaran,” katanya menerusi satu kenyataan.

Netizen turut bercerita mengenai insiden itu di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AEONkebakaranmidvalley
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd