• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kaitan Letupan Bom Dengan Serangan Ganas

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand tidak menemukan sebarang bukti yang mengaitkan serangan bom di selatan Thailand baru-baru ini dengan kematian seorang rakyat Malaysia yang berkedudukan penting dalam kumpulan pengganas Daesh, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, di Syria.

Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha bagaimanapun memerintahkan agensi keselamatan Thailand terus menyiasat dakwaan bahawa dua kejadian itu mempunyai kaitan.

“Thailand tidak menemukan sebarang maklumat risikan yang membayangkan wujud kaitan antara kejadian serangan bom di selatan Thailand dengan serangan ganas di Jakarta dan Mindanao baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan selepas mesyuarat mingguan kabinet di sini hari ini.

Prayut berkata kerajaan akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya terdapat bukti mencukupi untuk mengaitkan letupan bom di Pattani baru-baru ini dengan serangan ganas lain di rantau ini.

Sebuah pasar raya popular di wilayah bergolak ini menjadi sasaran serangan bom berkuasa tinggi pada 9 Mei ketika ia dipenuhi pelanggan, menyebabkan 69 orang cedera, termasuk beberapa kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan baru-baru ini berkata letupan bom di selatan Thailand dan serangan pengganas di Jakarta dan Marawi di Mindanao, dikaitkan dengan kematian Muhammad Wanndy.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kematian pengganas berasal dari Melaka itu dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April.

Prayut juga menggesa semua pihak di Thailand supaya menamatkan sengketa sesama mereka dan tidak membiarkan puak ekstremis dari luar negara mencampuri urusan hal ehwal dalaman Thailand.

Mengenai kemajuan “Zon Keselamatan” di selatan Thailand, beliau berkata kedua-dua pihak masih berunding tentang perkara itu.

Kerajaan Thailand mengadakan rundingan dengan Mara Patani, badan induk yang mewakili beberapa kumpulan militan di selatan Thailand, hasil daripada daya usaha Malaysia. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Terharu Saksikan Gelombang Biru Semasa Penamaan Calon

Jalaluddin Terharu Saksikan Gelombang Biru Semasa Penamaan Calon

18/07/2026
0

JELEBU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias melahirkan rasa terharu dengan semangat luar biasa yang...

Nga Kor Ming Berucap Di PBB

Nga Kor Ming Berucap Di PBB

18/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  NEW YORK – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyampaikan ucapan di Dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd