• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

” Mesti Daftar Sebagai Pengundi Sebelum Sertai UMNO “

oleh AK-47
08/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata individu berusia 21 tahun ke atas yang hendak menyertai parti itu perlu terlebih dahulu perlu mendaftar sebagai pengundi sebelum diterima menjadi ahli.

Mohd Shafie berkata, perkara itu dimestikan untuk memperkasakan parti, sekali gus membolehkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO mampu mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Sekarang kita mempunyai kira-kira 400,000 ahli UMNO yang tidak mendaftar menjadi pengundi dan ia adalah satu jumlah yang besar. Dalam pilihan raya lepas, sesetengah kawasan kita hanya kalah 400 undi, ada 300 undi, malah ada 70 undi. Bayangkan jika 400,000 ahli ini mendaftar, masa depan parti dalam pilihan raya akan datang akan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Temerloh di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khee Chee di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha.

Mohd Shafie yang juga Pengerusi Jawatankuasa Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO berkata, tidak guna parti mempunyai keahlian yang ramai jika tidak mampu menolong parti dalam pilihan raya.

“Kita mahu mereka lebih bertanggungjawab dan ini akan membolehkan parti untuk menang dalam pilihan raya akan datang,” katanya. Dalam masa yang sama, beliau berkata UMNO mengamalkan keterbukaan dengan menerima mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun untuk menjadi anggota parti walaupun mereka masih belum layak mengundi.

Mohd Shafie berkata, UMNO Bahagian akan dipertanggungjawabkan untuk menarik seberapa ramai pengundi muda kerana ia bakal menjadi penentu kepada kelangsungan perjuangan parti.

Beliau berkata, perkara itu juga tidak memerlukan pindaan dalam perlembagaan parti sebaliknya hanya arahan pentadbiran.

“Kita juga minta semua sayap di 70,000 cawangan menarik sekurang-kurangnya seorang ahli baru setiap bulan dan jika semua bekerja keras, UMNO akan mempunyai 3.9 juta anggota baru menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyaksikan penyerahan kutipan derma Tabung Gaza sebanyak RM10,000 daripada UMNO Temerloh yang diserahkan oleh Mohd Sharkar kepada Dr Anwar. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd