• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Pelajar Cedera Ditembak Di Portland

oleh Ahmad Albab
14/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORTLAND, Oregon – Seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar di sebuah sekolah tinggi di sini menyebabkan tiga remaja cedera.

Mereka yang ditembak terdiri daripada pelajar Sekolah Tinggi Rosemary Anderson, kata Sarjan Pete Simpson.

“Seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun berada dalam keadaan kritikal, manakala dua remaja lelaki yang berusia 17 dan 20 tahun stabil,” katanya.

Seorang lagi pelajar perempuan yang berusia 17 tahun cuma tergeser dengan peluru tembakan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Beberapa saksi memberitahu polis, berlaku pergaduhan di luar sekolah sebelum tembakan itu dilepaskan di satu selekoh jalan.

Penyerang dan dua individu lain dilaporkan telah melarikan diri, manakala pelajar yang cedera berlari ke dalam sekolah untuk mendapatkan bantuan.

“Setakat ini, berdasarkan siasatan, kejadian tembakan itu melibatkan kumpulan samseng,” kata Simpson dalam satu kenyataan.

Sementara itu, seorang pelajar berusia 17 tahun berkata kepada akhbar The Oregonian, dia melihat seorang mangsa lelaki yang cedera telah dibantu oleh seorang guru di dalam sekolah.

“Dia yang berlumuran darah di bahagian perut dilihat terbaring di atas tanah. Kejadian itu amat menakutkan,” katanya.

Sekolah Tinggi Rosemary Anderson mempunyai pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan tercicir dalam pelajaran, dibuang sekolah, mempunyai masalah keluarga dan tiada tempat tinggal. – AGENSI

https://www.youtube.com/watch?v=VP63TzLjSV8

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd