PORTLAND, Oregon – Seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar di sebuah sekolah tinggi di sini menyebabkan tiga remaja cedera.
Mereka yang ditembak terdiri daripada pelajar Sekolah Tinggi Rosemary Anderson, kata Sarjan Pete Simpson.
“Seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun berada dalam keadaan kritikal, manakala dua remaja lelaki yang berusia 17 dan 20 tahun stabil,†katanya.
Seorang lagi pelajar perempuan yang berusia 17 tahun cuma tergeser dengan peluru tembakan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Beberapa saksi memberitahu polis, berlaku pergaduhan di luar sekolah sebelum tembakan itu dilepaskan di satu selekoh jalan.
Penyerang dan dua individu lain dilaporkan telah melarikan diri, manakala pelajar yang cedera berlari ke dalam sekolah untuk mendapatkan bantuan.
“Setakat ini, berdasarkan siasatan, kejadian tembakan itu melibatkan kumpulan samseng,†kata Simpson dalam satu kenyataan.
Sementara itu, seorang pelajar berusia 17 tahun berkata kepada akhbar The Oregonian, dia melihat seorang mangsa lelaki yang cedera telah dibantu oleh seorang guru di dalam sekolah.
“Dia yang berlumuran darah di bahagian perut dilihat terbaring di atas tanah. Kejadian itu amat menakutkan,†katanya.
Sekolah Tinggi Rosemary Anderson mempunyai pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan tercicir dalam pelajaran, dibuang sekolah, mempunyai masalah keluarga dan tiada tempat tinggal. – AGENSI
https://www.youtube.com/watch?v=VP63TzLjSV8

