• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Buang Undi Dijangka Sokong Dasar Abe

oleh Ahmad Albab
14/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Rakyat Jepun membuang undi hari ini dalam pilihan raya Parlimen yang dijangka mengesahkan majoriti Parti Liberal Demokratik (LDP) walaupun penganalisis meramalkan peratus keluar mengundi yang rendah.

Perdana Menteri, Shinzo Abe yang mengumumkan pilihan raya untuk dewan perwakilan rendah berkata, beliau mahukan majoriti baharu bagi menyokong program ekonomi dan dasar lain pentadbirannya.

Abe berkata, beliau akan meletak jawatan jika LDP gagal meraih majoriti tetapi kelemahan di kalangan parti pembangkang menjadikan sebaliknya.

Abe yang mula memegang jawatan dua tahun lalu berjanji untuk merangsang ekonomi yang lembap dan mengembalikan kaliber negara berkenaan.

Sejak itu, harga saham meningkat dan banyak syarikat melaporkan mereka mencatat keuntungan ketika Yen Jepun merosot dari segi nilai hasil kawalan terhadap dasar kewangan.

Bagaimanapun pemulihan ekonomi yang bermula sebelum Abe memegang jawatan didapati merosot dalam beberapa bulan apabila negara itu kembali goyah selepas kenaikan cukai jualan dibuat sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna dan ahli perniagaan.

Kemenangan besar dalam pilihan raya berupaya memperbaiki peluang Abe untuk meneruskan cita-cita politik dan pemulihan ekonomi bersama atau tanpa rakan komponen dalam LDP, Parti Komei.

“Ini hanya satu cara!” adalah slogan Abe yang digunakan dalam ceramah kempennya dan bagi kalangan pengundi ia sukar dipercayai. – AP

https://www.youtube.com/watch?v=MjuCaDZpf7k

Tags: jepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd