• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Ke Arah Jadi Syarikat Penerbangan ASEAN

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia meneruskan pengembangannya di rantau ini untuk menjadi syarikat penerbangan ASEAN yang sebenar-benarnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau berkata pengembangan diteruskan dengan rancangan usaha sama di Vietnam dan minat yang dilahirkan oleh kerajaan Kemboja agar AirAsia meneroka pasaran negara tersebut.

“Jadi, pengembangan ASEAN maju dari setahap kesetahap,” katanya menerusi mesej video mengenai gambaran keseluruhan prestasi syarikat penerbangan itu tahun lalu dan prospeknya, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif AirAsia Bhd Aireen Omar berkata di luar ASEAN, anak syarikatnya di Jepun yang baru ditubuhkan dijangka memulakan operasi pada separuh kedua tahun ini.

Beliau berkata, selain itu, syarikat penerbangan tersebut juga baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman bagi menjalin usaha sama untuk menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah di China.

“Bagi memudahkan pertumbuhan AirAsia, kami menyediakan pelan serahan pesawat yang berterusan sehingga 2028.

“Tahun ini, saiz kumpulan pesawat dijangka meningkat sebanyak 29 pesawat yang menjadikannya sebanyak 203 pesawat A320s menjelang akhir tahun,” katanya

Aireen berkata selain daripada perniagaan perkhidmatan penumpang, syarikat penerbangan itu juga akan menumpukan kepada meningkatkan pendapatan sampingan seperti hasil daripada pillihan tempat duduk, perkhidmatan Wi-Fi dalam penerbangan, makanan dan minuman, fi bagasi, pindahan penerbangan dan produk bebas cukai.

“Pendapatan sampingan merupakan perniagaan margin tinggi dan merangsang pertumbuhan bagi syarikat. Ia memberi sumbangan yang semakin besar kepada pendapatan kami dan menyediakan sumber hasil tambahan bagi menampan keadaan tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata tahun lepas, pendapatan sampingan meningkat lebih 10 peratus kepada RM48 bagi setiap penumpang.

Sementara itu, untuk beroperasi pada kos rendah, Aireen berkata AirAsia memusatkan banyak proses bagi mengurangkan pertindihan dan mengoptimumkan kos.

“Dengan memusatkan banyak fungsi-fungsi kami dalam seluruh kumpulan, kami dapat mencapai ekonomi bidangan dan mengurangkan lagi kos kami.

“Tumpuan kami adalah untuk mendisiplinkan kos kami ketika kami berkembang, dan menambahbaikkannya lagi, apabila kami menyepadukan semua sumber dalam seluruh kumpulan dan menjadikan AirAsia seperti yang sebenar-benarnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: AirAsiaASEANTan Sri Tony Fernandes
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd