• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramadan Kesempatan Pamerkan Nilai Mulia Islam

oleh AK-47
29/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dr. Yousef Al-Othaimeen, menyampaikan salam beliau kepada semua umat Islam sempena sambutan Ramadan, dengan menyatakan bulan suci ini adalah kesempatan untuk menunjukkan nilai mulia Islam.

Beliau berkata nilai ini termasuk sifat altruisme, kemurahan hati, kesederhanaan, toleransi, saling kewujudan bersama, menolak keganasan dan faham pelampau serta memerangi keganasan.

Dalam kenyataan OIC, setiausaha agung itu juga menekankan kepada perpaduan umat Islam di tengah-tengah cengkaman krisis kemanusiaan.

Dalam hal ini beliau menggesa semua 57 negara anggota OIC dan pertubuhan kemanusiaan di dunia Islam agar segera memberi respons kepada keperluan kemanusiaan keluarga miskin dan kurang bernasib baik di seluruh dunia Islam.

Beliau mengingatkan kepada semua agar menawarkan bantuan kepada pelarian dan mereka yang melarikan diri daripada kancah peperangan dan konflik di tanah air mereka.

Al-Othaimeen berdoa agar Allah melimpahkan rahmat dan petunjuk kepada pemimpin OIC serta umat Islam seluruh dunia.

Beliau juga berharap pemimpin dunia Islam akan berjaya meningkatkan perpaduan Islam dan mewujudkan keamanan sepanjang Ramadan.

Menurut laporan Aljazeera 34 negara termasuk Malaysia, mula berpuasa pada Sabtu manakala Bangladesh, Pakistan, India dan umat Islam Syiah di Iraq mengisytiharkan Ahad sebagai hari pertama Ramadan. – BERNAMA

Tags: OIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

OIC Kecam Penutupan Masjid Al-Aqsa Selama Lapan Hari Berturut-turut

OIC Kecam Penutupan Masjid Al-Aqsa Selama Lapan Hari Berturut-turut

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam keras tindakan pihak berkuasa Israel yang terus menutup Masjid Al-Aqsa serta...

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

27/01/2025
0

SHAH ALAM - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa supaya mengambil tindakan tegas dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd