• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabul Pesakit Lelaki: Doktor Singapura Nyaris Disebat

oleh AK-47
29/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG doktor nyaris disebat selepas didapati bersalah kerana mencabul kehormatan rakan sekerjanya yang juga merupakan seorang doktor kelahiran Malaysia, empat tahun lalu.

Tan Kok Leong, 51, dijatuhi hukuman penjara selama 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Singapura namun terselamat daripada sebarang hukuman sebatan hanya kerana beliau berumur lebih daripada 50 tahun.

Lapor portal Mediacorp, Hakim See Kee Oon berkata kesalahan Tan biasanya akan mendapat hukuman sebatan, tetapi lelaki itu terselamat kerana faktor usianya yang telah melebihi 50 tahun.

Pakar pembedahan plastik itu didapati bersalah atas empat tuduhan, iaitu dua tuduhan mencabul kehormatan mangsa di Hotel Oasia pada 5 dan 6 Julai 2013 dan dua lagi tuduhan kerana menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum melakukan serangan seksual.

Pada hari kejadian, Tan melaksanakan liposuction procedure, iaitu prosedur menghapuskan lemak yang dijalankan selama dua hari ke atas mangsa di pusat perubatan Life Source.

Sebelum membawa mangsa ke hotel, Tan mengarahkan pembantu pembedahannya supaya meninggalkan wayar intravena yang berada di lengan lelaki tersebut.

Tan kemudian membawa mangsa ke Hotel Oasia, di mana dia menempah sebuah bilik dan memberinya ubat Dormicum, iaitu sejenis sedatif yang kuat.

Selepas mangsa tidak sedarkan diri, Tan menanggalkan pakaiannya lalu mengambil gambar alat sulit rakan sekerjanya itu ‘dalam pelbagai posisi’.

Dalam hujah pembelaannya, Tan mendakwa mangsa merelakan gambar zakarnya dirakam kerana mangsa ingin melakukan pembedahan rawatan ke atas alat sulitnya.

Mereka turut bermalam di hotel berkenaan dan Tan mengulangi perbuatan tersebut pada keesokan hari sebelum mengambil lebih banyak gambar zakar mangsa.

Daripada lebih 20 gambar yang diambil Tan, dua daripadanya adalah gambar penuh yang menunjukkan mangsa tidak sedar diri dan hanya memakai hanya kemeja-T.

Dr. Gerald Tan, seorang rakan doktor di pusat perubatan sama berkata mujur beliau menemui gambar-gambar itu kemudian memaklumkan kepada mangsa yang kemudiannya membuat laporan polis.

Gambar-gambar tersebut juga dipercayai terdapat dalam telefon bimbit Tan. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: cabuldoktor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd