• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Star Rosakkan Imej Negara, Hina Islam – Perkasa

oleh AK-47
29/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyatakan imej Malaysia di mata dunia sudah terjejas berikutan laporan muka hadapan The Star.

Timbalan Presidennya, Datuk Sirajuddin Salleh berkata, laporan bertajuk “Malaysian Terrorist Leader” dengan gambar umat Islam sedang sujud menunaikan solat merosakkan imej negara ini di samping menghina Islam.

“Bukan itu sahaja, usaha kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan dengan aman damai menjadi sia-sia.

“Pelancong atau pembaca dari luar negara pasti akan terpengaruh dnegan tajuk muka depan akhbar The Star, ia memberi gambaran Malaysia ini sebuah negara pengganas atau pengeksport pemimpin pengganas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu katanya, masyarakat luar akan mengaitkan pengganas adalah Islam, gamabarn ini benar-bena menghina Islam dan meranapkan usaha kerajaan mempromosikan konsep kesederhanaan dalam Islam.

“Keadaan ini akan menjejaskan sifat persefahaman dan toleransi pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Terdahulu, The Star menerusi siaran muka depannya yang diterbitkan Sabtu lalu menyiarkan gambar umat Islam menunaikan solat Terawih dengan tajuk utamanya “Malaysian Terrorist Leader”.

Terbitan sedemikian menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak dan dianggap tidak menghormati hari pertama bulan Ramadan.

Portal mStar Online seterusnya mengeluarkan kenyataan permohonan maaf di atas kesilapan itu semalam.

Hari ini, Kementerian Dalam Negeri telah memanggil empat pengarang The Star iaitu Pengarang Pakar M. Shanmugam serta tiga pengarang eksekutif iaitu Brian Martin, Dorairaj Nadason dan Rozaid Abdul Rahman.

Mereka tiba di pejabat KDN pada jam 10.50 pagi dan dilihat keluar dari bangunan itu kira-kira sejam kemudian.

Bagaimanapun, pihak media yang menunggu untuk mendapatkan kenyataan mereka hampa apabila dimaklumkan keempat-empat wakil akhbar berkenaan keluar melalui pintu lain. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: hina islamPERKASAthe star
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

02/03/2026
0

Lelaki pihak Al Quran didakwa seorang mualaf.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd