• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FMLLP Perlu Rujuk KAFA Sebelum Keluar Kenyataan

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) ​​​​​​perlu bersikap profesional terhadap kemelut pengambilan pemain import yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata badan pengurusan Liga Malaysia (Liga-M) itu seharusnya merujuk kepada persatuannya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pengambilan dua pemain import baharu pasukan Kelantan.

“Boleh tidak kalau FMLLP tanya dahulu KAFA kedudukan sebenar sebelum buat kenyataan supaya kenyataan itu lebih profesional dan tidak melakukan kenyataan yang salah berkaitan perkara ini,” katanya pada cacatan terbaru di laman Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, FMLLP dilaporkan bertegas tidak akan meluluskan pendaftaran seorang lagi pemain import baharu Kelantan iaitu Syedi L Imam berikutan pihaknya hanya menerima satu surat permohonan daripada KAFA untuk seorang sahaja pemain luar negara yang ingin didaftarkan oleh KAFA bagi menyertai pasukan Kelantan.

Malah pemain tersebut tidak boleh diluluskan pendaftarannya untuk beraksi pada saingan Liga M kerana KAFA masih menghadapi sekatan perpindahan berikutan isu-isu yang dihadapi persatuan itu berkaitan pembayaran perkara-perkara wajib (tunggakan gaji) masih belum diselesaikan.

Annuar yang juga penaja utama pasukan Kelantan turut menjelaskan wang yang diterima daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hasil perpindahan penyerang import mereka sebelum ini iaitu Mohammed Ghaddar digunakan untuk pembayaran tunggakan gaji pemain dan menandatangani pengganti pemain tersebut iaitu Abou Bakr Al Mel bukan digunakan untuk membawa masuk Seydi L Imam.

“Tahukan FMLLP Seydi L Imam dibawa masuk dengan penjimatan tanpa kos tambahan kepada KAFA dan beliau dibawa masuk oleh ejen bagi menggantikan Alessandro Celin yang cedera dan menghadapi masalah kecergasan?

“Tahukan mereka (FMLLP) KAFA membuat penjimatan dengan meminjamkan pemain seperti Pak Nik (Nik Sharul Azim Abdul Halim) bagi memastikan KAFA tidak berbelanja lebih dan beberapa bekas pemain import yang bising mempunyai kes pertikaian bersama KAFA yang sedang melalui satu proses tertentu yang ia adalah pilihan mereka sendiri,” katanya.

Annuar turut meminta FMLLP menjelaskan tindakan pihak tersebut yang sebelum ini membenarkan pemain import dari Lubnan iaitu Abou Bakr didaftarkan untuk menyertai Kelantan.

“Kalau Abou Bakr dibenarkan daftar, apa asas mahu menghalang Seydi L Imam sedangkan peraturan jelas menyebut menandatangani pemain yang tidak melibatkan kos tambahan dan penjimatan adalah hak pasukan atau FMLLP mahu kelab terus buang wang dengan kekalkan pemain yang sakit, supaya TRW yang sudah dipotong mata (enam mata) terus ranap dan tidak mampu bersaing, itukah arahan kerja FMLLP terhadap ahli gabungan.

“Mengapa pula FMLLP membenarkan pemain KAFA berpindah kalau KAFA tak dibenar ganti mereka? Tolong jawab secara profesional,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaFMLLP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd