• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Ahli PPBM Keluar Parti Bukti Tiada Keikhlasan

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar parti sejak kebelakangan ini membuktikan PPBM tidak mempunyai hala tuju dan perjuangan politik yang jelas, kata Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.

Beliau berkata tindakan itu telah dijangka dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dalam suasana politik hari ini.

“PPBM ditubuhkan hanya kerana mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya ikhlas untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat di negara ini, katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Cameron Highlands berjumlah RM12,000 di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata hari ini.

Katanya rakyat di negara ini khususnya generasi muda boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukan oleh pembangkang selama ini dan parti mana yang ikhlas memperjuangkan nasib serta masa depan rakyat.

“Sebagai contoh, DAP tidak pernah mengambil peduli dan mahu menyelesaikan masalah tanah dan nasib yang dihadapi petani di Cameron Highlands.

“Mereka hanya datang ke sini apabila kempen pilihan raya sahaja tetapi selepas itu tidak ada pemimpin DAP yang datang ke sini untuk menyelami nasib dan menyelesaikan beberapa masalah penduduk di sini,” katanya.

Jumaat lalu, lebih 1,000 anggota PPBM Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian PPBM Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian PPBM Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa serta merta.

Tindakan itu susulan kegagalan Muhyiddin yang juga Presiden parti menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu telah diberikan kepada beliau. – BERNAMA

Tags: M. Kayveas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kayveas Mahu Saman Pihak Yang Dakwa Beliau Jual Gelaran

17/07/2018
0

PETALING JAYA - Tan Sri M. Kayveas (gambar) iaitu Presiden MyPPP yang dipertikaikan, akan mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan...

Kayveas Sah Dilucutkan Jawatan Presiden MyPPP

27/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Tan Sri M. Kayveas sah dilucutkan jawatan Presiden MyPPP dan digantikan Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz. Dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd