• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

45 Anggota Keluarga Lim Tang Too Bergelar Doktor

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Keluarga mendiang Lim Tang Too sepatutnya mendapat tempat dalam Guinness Book of World Records kerana mempunyai anggota keluarga yang paling banyak menjadi doktor.

Kesemua mereka berjumlah 45 orang, yang merupakan anak, cucu dan cicit Lim.

Lim, yang meninggalkan balunya, Loo Siew Chin, sentiasa memberi penekanan terhadap pendidikan bagi kesemua 11 anak mereka, dan hasilnya, lapan daripada mereka menjadi doktor.

Loo, 95, yang pernah menjadi penoreh getah bersama suaminya, berkata walaupun menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga besar dengan pendapatan mereka yang tidak seberapa, tetapi mereka tidak pernah patah semangat untuk melihat kesemua mereka berjaya dan menikmati kehidupan yang selesa.

Hari ini, dalam keluarga berkenaan terdapat 45 doktor, 20 daripada mereka adalah doktor pakar dan seorang bergelar profesor madya di Universiti Malaya.

Daripada sembilan anak lelaki dan dua anak perempuan Loo, anak lelaki sulungnya, Datuk Dr. Lim Boon Sho, kini mengendalikan Klinik Lim di Nibong Tebal.

Menurut Dr. Boon Sho, bapanyalah yang memberi semangat kepada mereka untuk menjadi doktor supaya dapat menolong adik beradik lain yang sering sakit.

Dr. Boon Sho, anggota kelurga Lim yang pertama mendapat kelulusan sebagai doktor, berkata dia mula mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di India pada 1964.

“Semasa kanak-kanak, kami sering jatuh sakit dan bapa saya menghantar kami ke hospital besar untuk mendapatkan rawatan. Disebabkan sering dihimpit kekangan kewangan, bapa saya mendapat idea agar terdapat seorang doktor dalam keluarga kami agar dia boleh menjaga yang lain. Setelah saya menamatkan pengajian, seorang demi seorang adik beradik saya mengambil laluan sama,” katanya kepada Bernama pada majlis makan malam keluarga itu di sini malam tadi.

Dr. Boon Sho, yang pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap dari 1986 hingga 1990, berkata selepas kematian bapanya sembilan tahun lalu, keluarga itu menjadi semakin menyintai dunia perubatan.

“Kami adik-beradik sering berbual mengenai perubatan, tetapi kami tidak memaksa anak kami menjadi doktor, cuma ingin mereka mendapat pendidikan yang baik,” katanya.

Daripada 10 adik beradik Dr. Boon Sho, tujuh menjadi doktor iaitu Dr. Lim Boon Sin, 68, Dr. Lim Boon Ben, 66, Dr. Lim Boon Seng, 64, Dr. Lim Boon Hock, 59, Dr. Lim Boon Han, 55, Dr. Lim Boon Kiong, 52 dan Dr. Lim Boon Aik, 50.

Kakak sulung Dr. Boon Sho, Lim Ai Hwa, 76, adalah suri rumah, adik lelaki bongsunya, Lim Boon Tai, 62, menjadi ahli perniagaan dan adik perempuan bongsunya, Lim Ai Ching, menjadi peguam.

Sementara itu, Dr. Boon Han, yang juga pengerusi Gerakan Nibong Tebal, berkata dengan terdapat lebih 45 doktor dan pakar dalam keluarga itu sekarang, ada perancangan untuk membuka sebuah hospital swasta yang dikendalikan kelurga Lim.

“Mungkin suatu hari nanti, kami dapat perkenalkan sebuah hospital keluarga Lim, tetapi semua itu masih terlalu awal dan baru di peringkat perancangan,” katanya.

Menurut beliau, keluarga itu yang kini mempunyai kira-kira 100 anggota daripada empat generasi, menjadikan suatu kemestian bagi mereka untuk berkumpul pada setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina, dengan perubatan menjadi topik utama perbincangan mereka. – BERNAMA

Tags: doktor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd