• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pensyarah Malaysia Bakal Ketua Daesh Filipina?

oleh AK-47
28/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKYAT Malaysia, Dr. Mahmud Ahmad kini dikatakan menjadi sebutan sebagai bakal menjadi pemimpin Negara Islam (Daesh) di bandar selatan Filipina, Marawi yang sedang menyaksikan pertempuran sengit.

Bekas pensyarah Malaysia ini dipercayai bersembunyi di bandar di mana tentera Filipina sedang bertempur dengan kumpulan Maute, menyaksikan 44 orang, termasuk 2 rakyat Malaysia terbunuh.

Baca: TPM Sahkan 2 Lelaki Malaysia Maut Di Marawi

Juga: 2 Warga Malaysia Maut Di Marawi Tiada Didikan Agama

Star Online melaporkan, Dr. Mahmud dikenali pasti sebagai individu berikutnya yang akan mewujudkan kubu Daesh di Asia Tenggara, yang kini di bawah perintah pemimpin Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon.

Isnilon diisytiharkan sebagai ketua angkatan Daesh di Filipina pada awal tahun lepas tetapi dia dilaporkan cedera parah dalam satu serangan udara di Basilan kira-kira dua bulan lalu.

Menurut sumber, Dr. Mahmud mengetuai anggota militan yang lain bagi menyelamatkan Isnilon dalam serangan Marawi.

Tambah sumber, mereka percaya Dr. Mahmud juga cuba untuk mengisi kekosongan dalam kepimpinan tersebut sekiranya Isnilon disahkan meninggal dunia.

Mereka menjelaskan bahawa pemimpin Abu Bakr al-Baghdadi begitu terdesak mencari ketua baharu bagi kumpulan di Asia Tenggara yang pernah diketuai Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.

Bagaimanapun, Muhammad Wanndy terbunuh dalam serangan dron di Raqqa, Syria.

Menurut sumber, Dr. Mahmud yang juga dikenali sebagai Abu Handzalah, kini merupakan satu-satunya leftenan yang dipercayai dikaitkan dengan Baghdadi selain Isnilon di selatan Filipina.

Difahamkan, rancangan Mahmud adalah untuk membentuk puak Daesh rasmi di Asia Tenggara dengan menyatukan sel-sel pengganas yang berbeza di Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Mahmud adalah antara 5 rakyat Malaysia yang meninggalkan negara ini. Yang lain adalah pembantunya paling dekat, Mohd Najib Husen (yang terbunuh di Filipina); pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee dan ahli Darul Islam Sabah, Mohd Amin Baco dan Jeknal Adil.

Mereka telah bekerja dengan kumpulan militan lain yang termasuk Abu Sayyaf di pelbagai serangan dan aktiviti jenayah di selatan Filipina. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DaeshFilipinaPensyarah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd