• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sesekali Runtuhkan Negara, Kata Najib

oleh AK-47
27/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan rakyat Malaysia bahawa mereka perlu berjuang untuk negara dan jangan sesekali meruntuhkannya.

Beliau berkata sebagai rakyat Malaysia, setiap orang perlu bekerjasama untuk menjadikan negara lebih kuat dan malah lebih cemerlang di masa depan.

“Ini negara kita, kita dilahirkan di sini. Kita ialah rakyat Malaysia sejati, kita akan berjuang untuk Malaysia.

“Jangan sesekali kita runtuhkan Malaysia, kerana kita mempunyai peluang untuk menjadikannya lebih kuat dan malah lebih baik di masa depan,” katanya semasa melancarkan logo Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Dialog TN50 fasa kedua di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata dengan ekonomi semasa kini mencecah RM1.3 trilion, beliau mengunjurkan ia akan meningkat kepada RM2 trilion menjelang 2025, menjadikan Malaysia antara 20 negara terbaik pada waktu itu.

Berhubung TN50, beliau berkata aspirasi itu sebenarnya adalah pergerakan oleh rakyat untuk rakyat menerusi pendekatan bawah ke atas, dan menurutnya ia juga merupakan pergerakan yang dimulakan oleh generasi muda, yang akan menjadi pemimpin masa depan.

“Saya mahu kita fikir hala tuju negara, untuk kita tentukan hala tuju masa depan kita, masa depan yang kita mahukan. Dan adalah menjadi tugas kita untuk mencorakkan masa depan yang kita mahukan,” katanya.

Najib berkata kerajaan akan terus melaksanakan program-program pendampingan dengan akar umbi.

Beliau berkata program pendampingan dengan rakyat akan terus dilaksanakan bagi mendapatkan input yang kemudiannya dalam diterjemahkan di dalam kerangka nasional.

TN50, yang dilancarkan pada Januari tahun ini merupakan kesinambungan kepada wawasan 2020 yang bermatlamat untuk Malaysia mencapai status negara maju dan berobjektif untuk memastikan negara mencatat pertumbuhan berganda.

Berhubung fasa kedua Dialog TN50, kumpulan yang dianggotai 84 anggota belia dan 60 mentor, dikenali sebagai Kumpulan Belia Masa Depan, dipertanggungjawabkan untuk menganalisis dan memperhalusi aspirasi belia yang diterima dalam siri dialog fasa pertama.

Selain itu, kumpulan berkenaan akan membantu menterjemahkan aspirasi-aspirasi yang diterima menjadi cadangan hala tuju dan matlamat yang lebih terperinci daripada perspektif belia bagi memastikan ia diterima sebagai sebahagian proses pembentukan program dan dasar kerajaan.

Sejak dilancarkan, Dialog TN50 telah mendampingi lebih 1.2 juta belia dari seluruh negara melalui pelbagai saluran serta aktiviti berkaitan dan berjaya mengumpulkan lebih 33 ribu aspirasi.

Sebanyak 80 peratus daripada 33,000 aspirasi itu dikelompokkan kepada lima tema utama iaitu Ekonomi dan Pekerjaan; Kehidupan dan Kesejahteraan, Tadbir Urus; Gaya Hidup serta Masyarakat, dengan setiap kumpulan yang dipertanggungjawabkan bagi setiap tema akan membuat pembentangan kepada perdana menteri serta menteri belia dan sukan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd