• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT

oleh AK-47
26/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad akan mengedarkan 20,000 pek buah kurma percuma kepada pengguna lebuh raya itu pada waktu berbuka selama sebulan, bermula hari pertama umat Islam berpuasa.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata buah kurma itu akan diedarkan bermula pukul 7 malam hingga 7.45 malam di dua plaza tol utama iaitu Tol Gombak dan Plaza Tol Karak.

Selain itu, Anih Berhad juga akan mengedarkan 3,000 pek juadah berbuka yang mengandungi kurma, nasi, set lauk dan air mineral di kaunter pandu lalu di kawasan rehat dan rawat (R&R) Genting Sempah pada 2 dan 16 Jun serta R&R Temerloh pada 9 Jun.

“Edaran kurma dan juadah berbuka ini adalah inisiatif kami untuk berkongsi keberkatan Ramadan dan merapatkan ukhuwah serta tanda penghargaan kepada pengguna LPT,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nik Fauzi menambah pengagihan pek juadah berbuka, yang melibatkan 1,000 bungkus untuk sekali agihan, adalah kali pertama dilakukan oleh Anih Berhad dan istimewanya juadah itu disediakan oleh peniaga di R&R di LPT.

Beliau menambah pada tahun ini, Anih Berhad juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada 10 masjid dan surau terpilih di sepanjang jajaran lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan LPT untuk tujuan moreh.

Anih Berhad turut memberi sumbangan RM2,000 sebagai peruntukan menyediakan juadah berbuka puasa untuk pelajar dan kakitangan Maahad Tahfiz Muhammadi di sini, katanya.

“Ini adalah aktiviti tanggungjawab sosial berterusan kami untuk menyumbang semula kepada masyarakat, khususnya kepada golongan yang memerlukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anih BerhadKurma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ANIH Berhad Tawar Diskaun 10 Peratus

01/02/2019
0

PEMEGANG konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad menawarkan diskaun 10 peratus...

Anih Siasat Kes Staf Gerai R&R Pukul Pemandu Bas

25/12/2018
0

KUANTAN - Pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad menyiasat kejadian pergaduhan yang dikatakan antara kakitangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd