Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Mahu Warga KKMM Lebih...

KUALA LUMPUR - Warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) perlu lebih...

Wanita Diacu Parang Dalam...

KUANTAN - Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila diacukan parang oleh dua lelaki...

Malaysia Catat Kes Harian...

PUTRAJAYA - Malaysia pertama kali melaporkan kes harian COVID-19 melebihi 11,000 kes apabila...

Aksi ‘Pecah Perut’ Orang...

AMBOI.. sejak beberapa hari ini timeline laman Facebook dipenuhi dengan bermacam-macam gambar aksi...

Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT

KUANTAN – Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad akan mengedarkan 20,000 pek buah kurma percuma kepada pengguna lebuh raya itu pada waktu berbuka selama sebulan, bermula hari pertama umat Islam berpuasa.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata buah kurma itu akan diedarkan bermula pukul 7 malam hingga 7.45 malam di dua plaza tol utama iaitu Tol Gombak dan Plaza Tol Karak.

Selain itu, Anih Berhad juga akan mengedarkan 3,000 pek juadah berbuka yang mengandungi kurma, nasi, set lauk dan air mineral di kaunter pandu lalu di kawasan rehat dan rawat (R&R) Genting Sempah pada 2 dan 16 Jun serta R&R Temerloh pada 9 Jun.

“Edaran kurma dan juadah berbuka ini adalah inisiatif kami untuk berkongsi keberkatan Ramadan dan merapatkan ukhuwah serta tanda penghargaan kepada pengguna LPT,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nik Fauzi menambah pengagihan pek juadah berbuka, yang melibatkan 1,000 bungkus untuk sekali agihan, adalah kali pertama dilakukan oleh Anih Berhad dan istimewanya juadah itu disediakan oleh peniaga di R&R di LPT.


Beliau menambah pada tahun ini, Anih Berhad juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada 10 masjid dan surau terpilih di sepanjang jajaran lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan LPT untuk tujuan moreh.

Anih Berhad turut memberi sumbangan RM2,000 sebagai peruntukan menyediakan juadah berbuka puasa untuk pelajar dan kakitangan Maahad Tahfiz Muhammadi di sini, katanya.

“Ini adalah aktiviti tanggungjawab sosial berterusan kami untuk menyumbang semula kepada masyarakat, khususnya kepada golongan yang memerlukan,” katanya. – BERNAMA

Kategori