• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MSN Melaka, Badan Menembak Negeri Lahir Ramai Atlet

oleh AK-47
27/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka dan Persatuan Menembak Melaka menjalinkan kerjasama bagi melahirkan lebih ramai atlet menembak muda melalui pelbagai program dalam usaha membangunkan sukan menembak di negeri berkenaan.

Pengarah MSN Melaka, Ismail Abdol Jalil berkata menerusi kerjasama itu, pihaknya dapat mencungkil bakat dalam kalangan golongan remaja untuk mewakili negeri itu dan seterusnya negara.

“Justeru, kita berharap dapat membuat kesinambungan kepada pembangunan sukan menembak (melonjak ke peringkat lebih tinggi) di negeri ini, sekali gus mengetengahkan lebih ramai penembak pelapis yang berpotensi dan berbakat.

“Selain itu, kemahiran dan prestasi atlet menembak dapat dipertingkatkan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas program menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MSN Melaka dan Persatuan Menembak Melaka di sini hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani Ismail mewakili MSN Melaka manakala Persatuan Menembak Melaka diwakili Presidennya, Ong Beng Chuan.

Dalam pada itu, Ismail berkata persatuan tersebut bakal membina lapang sasar berkeluasan 1.6 hektar di Durian Tunggal, Alor Gajah di sini yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

“Persatuan (Menembak Melaka) bercadang membina prasarana (lapang sasar) bagi sebarang aktiviti menembak yang bakal menjadi tempat (lapang sasar menembak) antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Ong berharap agar semua pihak termasuk kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Melaka memainkan peranan dengan membantu persatuan itu mengenal pasti bakat dalam sukan menembak daripada murid sekolah.

“Kita sentiasa mengalu-alukan bakat daripada murid sekolah yang berminat menyertai dan meningkatkan kemahiran dalam sukan menembak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail Abdol JalilMSN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sukma Dianjur Setiap Negeri Bergilir – MSN

20/01/2019
0

HASRAT... Majlis Sukan Negara (MSN), selaku pemilik Sukan Malaysia (Sukma) merancang untuk anjurkan sukan tersebut secara bergilir-gilir di setiap negeri...

MSN Kelantan Distruktur Semula Tahun Depan

30/10/2018
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan melakukan penstrukturan semula Majlis Sukan Negeri (MSN) tahun depan selepas mengambil alih badan tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd