• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tahun Akhir Ditangkap Edar Dadah

oleh AK-47
27/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Polis menahan seorang pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan sebuah universiti swasta kerana dipercayai mengedar dadah di Seri Iskandar, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt. Mohamad Zainal Abdullah berkata pelajar berumur 21 tahun itu ditahan pada 6.30 petang bersama 26 plastik berisi dadah dipercayai jenis ganja di kawasan kolej kediaman universiti tersebut.

Katanya kesemua dadah seberat 248 gram itu dianggarkan bernilai RM1,700, dipercayai untuk dijual kepada pelajar universiti berkenaan termasuk pelajar asing.

“Semasa ditahan pelajar itu cuba melarikan diri serta bertindak membuang bungkusan dadah bersamanya namun berjaya ditahan polis.

“Suspek yang dijangka menamatkan pengajian dua bulan lagi itu terlibat dengan kegiatan ini sejak dua tahun lepas, namun pengedar utama yang membekal dadah kepadanya masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohamad Zainal berkata hasil siasatan mendapati suspek menjual dadah itu RM50 sepaket dan dipercayai hidup mewah dengan menikmati hasil lumayan jualan dadah tersebut.

Beliau berkata pemeriksaan ujian air kencing mendapati suspek positif ganja.

Polis turut menahan seorang rakan suspek berumur 20-an yang juga bekas pelajar universiti itu kerana didapati juga positif dadah jenis ganja.

“Rakannya kebetulan ada di bilik suspek kerana ingin mengambil sijilnya,” katanya.

Beliau berkata pelajar tahun akhir itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan direman sejak ditangkap hingga 31 Mei ini, manakala rakannya disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 serta direman empat hari hingga esok.

Mohamad Zainal turut memberi amaran pihaknya akan mempergiat pemeriksaan bagi mengatasi masalah dadah dalam kalangan pelajar.

“Dalam masa sama, pihak pengurusan perlu lebih peka bagi mengelak gelombang dadah mempengaruhi pelajar terutama di universiti,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadahSupt Mohamad Zainal Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd