• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Kedah Rampas Dadah Lebih RM18 Juta

oleh Ahmad Albab
26/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas pelbagai jenis dadah dianggar RM18,330,000 di pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam pada 23 Mei lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM Datuk Zulkifli Yahya berkata dalam kejadian pada 9.15 pagi itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun ditahan untuk siasatan setelah anggotanya melakukan pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu lelaki itu di lorong pemeriksaan kastam.

“Pemeriksaan rapi pada bahagian but kereta yang ditutup dengan papan lapis pada sistem audio itu menemukan sejumlah ketulan dadah dipercayai jenis heroin seberat 154 kilogram, beberapa bungkusan dadah dipercayai methamphetamine seberat 38 kilogram dan ketamine seberat enam kilogram,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita pada sidang media di pejabat JKDM Bukit Kayu Hitam, di sini, hari ini sambil menambah ia merupakan rampasan terbesar di Kedah, setakat ini.

“Rentetan itu, seorang suspek lelaki berusia 36 tahun yang dipercayai anggota sindiket ditahan di Alor Setar untuk siasatan. Kita masih menyiasat di mana dadah itu diperolehi dan melibatkan pasaran mana, ” katanya.

Zulkifli berkata, suspek berusia 26 tahun itu didapati berulang alik ke negara jiran sebelum ini melebihi dua kali.

Katanya, ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Mereka direman hingga 5 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Zulkifli berkata, pihak JKDM akan terus meningkatkan kawalan di sempadan Bukit Kayu Hitam supaya mereka yang terlibat dengan kegiatan ini tidak terlepas daripada penguatkuasaan. – BERNAMA

Tags: dadahKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd