• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekal 3 Exco PAS Bukti Azmin Ketepi Anwar

oleh AK-47
26/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPUTUSAN  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan exco PAS kononnya sebagai menjaga kestabilan negeri. Secara jelasnya, Majlis Ulama’ PAS telah memutuskan hubungan kerjasama dan anehnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seakan-akan tidak sedar tentang ketidakbersamaan PAS dalam politik. Pada hemat saya secara umumnya sudah tentu keputusan ini lebih berpihak kepada beliau yang boleh dijadikan deposit untuk mengukuhkan kedudukan beliau berbanding soal kestabilan politik kerajaan negeri Selangor.

Selain itu, keputusan ini juga turut mengenepikan saranan Ketua Umum PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melupakan PAS secara terus. Saranan ini sekaligus menolak alasan Datuk Seri Azmin Ali yang mahu mengekalkan kestabilan negeri demi menghadapi pilihanraya umum ke-14 akan datang. Situasi seperti percanggahan di sana sini sudah sangat sinonim dengan PKR dan sekutunya. Saya juga turut hairan, belum pun pilihanraya parti-parti pembangkang dah menamakan Perdana Menteri, dan hampir setiap parti pemimpin parti pembangkang berhasrat untuk menjadi PM. Sekalipun begitu, baginda Tuanku Sultan Selangor turut memberikan penegasan baginda agar kestabilan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi fokus utama di negeri Selangor Darul Ehsan.

Kerajaan Barisan Nasional dilihat lebih relevan dengan menumpukan permasalahan dan kebajikan rakyat Malaysia sekalipun tanpa memikirkan soal pilihanraya semakin dekat mahupun tidak. Kerajaan Barisan Nasional tidak senantiasa bermain politik dan menggula-gulakan emosi rakyat dalam setiap perkara dan perayaan tertentu. Menjaga negara dan rakyat adalah mandat dan amanat yang besar. Kerajaan negeri Selangor juga seharusnya menzahirkan soal kebajikan rakyat di Selangor seperti dititahkan dan ditegaskan oleh baginda Sultan Selangor agar rakyat tidak menjadi mangsa ketidakstabilan dan ketidakcelaruan politik serta perlaksanaan dasar yg mapan kerana kini dilihat seakan wujud dua aliran di Selangor iaitu aliran dalam soal pentadbiran kerajaan dan aliran dalam soal pengurusan perwakilan parti di exco kerajaan negeri Selangor. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd