• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brunei Nafi Ada Kad Nikah Papar Wajah 4 Isteri

oleh
25/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Kerajaan Brunei menafikan pernah mengeluarkan kad perkahwinan pasangan Islam yang memaparkan gambar seorang suami dengan empat isterinya itu sekali gus.

Menurut laporan media tempatan, dokumen rasmi bersaiz kecil yang dikenali sebagai Kad Nikah itu seperti juga reka bentuk kad pengenalan, tiada meletakkan imej lelaki bersama-sama dengan empat madunya secara serentak.

“Ia adalah tidak benar dan palsu. Pihak mahkamah hanya mengeluarkan untuk setiap Kad Nikah yang mempunyai maklumat bagi suami dan seorang isteri sahaja,” kata Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah, Haji Hassan Haji Metali.

Sambil menyifatkan ia sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menjadi tular menerusi media sosial tempatan susulan pelaksanaan Kad Nikah sejak 15 Mei lalu untuk pasangan Muslim berkahwin di Brunei.

Bercakap pada sidang media di Bilik Persidangan Utama, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah Syariah di sini semalam, beliau memberitahu, segala maklumat pernikahan turut disimpan dalam cip di kad itu.

Namun buat masa ini, ia hanya diberi terhad kepada pengantin yang berkahwin mulai 1 Januari lalu dan pasangan perlu memohon daripada Pejabat Pendaftaran dengan caj B$20 (kira-kira RM62) bagi dua keping kad tersebut.

Langkah itu dilaksanakan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Perceraian, Pembatalan dan Ruju’ Orang Islam selain Sijil Nikah sedia ada yang bersaiz A4 demi memudahkan disimpan dalam dompet atau boleh dibawa ke mana-mana.

“Jika ada suami berpoligami empat isteri, ini bermakna si lelaki itu perlu ada empat Kad Nikah berbeza dengan memaparkan pula maklumat dan wajah empat isterinya dalam setiap kad yang berasingan,” jelas Hassan lagi.

Beliau menambah, jika ada keperluan pada masa akan datang untuk rekod perkahwinan sebelum tarikh 1 Januari lalu, pihak mahkamah syariah bersedia memaklumkan kemudian kepada orang ramai untuk memohon kad itu.

Ia juga dikeluarkan demi memenuhi kehendak peruntukan di bawah bab 22(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Penggal 217 sejajar dengan pelaksanaan inisiatif e-Syariah sejak 23 Januari lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Brunei
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Brunei Kekal Tangguh Buka Sempadan

08/06/2022
0

KUCHING: Brunei meneruskan penangguhan aktiviti merentas sempadan negara itu terhadap warga asing sehingga 15 Jun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Jabatan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd