• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kompromi Kakitangan KDN Terlibat Rasuah

oleh Ahmad Albab
25/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – TImbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang terlibat dalam kes rasuah.

Beliau berkata tindakan tegas perlu diambil supaya jenayah sebegitu tidak merosakkan integriti jabatan dan agensi di bawah KDN.

“Tidak kira apa jawatan atau kedudukannya, saya tidak berasa malu dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat jadi ‘pegar makan padi’ ini,” katanya.

Tegasnya: “Saya mahu lihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di barisan hadapan walaupun kita terpaksa potong ‘kaki dan tangan diabetik’ yang merosakkan seluruh ‘badan’. Kita harus bersih dan kelihatan bersih.”

Ahmad Zahid berucap pada majlis perjumpaan bersama 378 peserta program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) 2016 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata walaupun indeks jenayah menurun namun persepsi masyarakat terhadap pegawai penguat kuasa masih tidak berubah, ditambah dengan siasatan rasuah dan salah guna kuasa dikaitkan dengan segelintir pegawai dan anggota polis di Melaka dan Bukit Aman.

Sementara itu, beliau mengingatkan peserta program DPA yang akan mula berkhidmat dalam skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik minggu depan untuk sentiasa menanamkan sifat setia kepada pemimpin dan kerajaan hari ini.

“Apabila ada Kabinet baharu lepas pilihan raya umum atau rombakan Kabinet, akan ada menteri yang datang dan pergi.

“Tetapi kita harus tahu janganlah kita berbelah bahagi walau siapapun menteri itu. Hormat yang lama dan sayang yang baharu,” katanya.

Ahmad Zahid juga mengingatkan mereka supaya bekerja keras dan sentiasa membawa semangat negara tidak kira walau di mana mereka ditempatkan bertugas sama ada di dalam atau luar negara. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd