• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taiwan Jadi Negara Pertama Asia Izin Kahwin LGBT

oleh
25/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Mahkamah Agung Taiwan lewat Rabu mengeluarkan keputusan bersejarah yang sekali gus membuka jalan bagi ‘menghalalkan’ perkahwinan sesama jenis di negara tersebut tidak lama lagi.

Panel hakim menyatakan bahawa undang-undang Taiwan yang dilaksanakan ketika ini, iaitu melarang perkahwinan sesama jenis, sebenarnya tidak mengikut perlembagaan digubal Parlimen negara pulau berkenaan sendiri.

Justeru Parlimen diberi waktu dua tahun untuk mengubah undang-undang dan jika peraturan tersebut dipersetujui, Taiwan akan menjadi negara pertama di benua Asia yang secara rasmi mengakui perkahwinan sesama jenis.

Namun, mengapa Taiwan berani mendukung perkahwinan sesama jenis atau disebut juga Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)? – sejenis perbuatan terkutuk diamalkan kaum Sodom sejak zaman Nabi Luth AS lagi.

Untuk rekod, Taiwan turut dikenali selama ini di seluruh dunia begitu menjunjung nilai-nilai amalan liberal dan negara itu juga meriah menganjurkan acara tahunan perarakan gay paling besar di luar Amerika Syarikat (AS).

Desakan untuk mengakui hak-hak LGBT mendapat momentum ketika calon liberal, Tsai Ing-wen dipilih sebagai presiden Taiwan pada pilihan raya tahun lalu. Beliau secara terbuka mendukung perkahwinan sesama jenis.

Isu ini namun masih membelah pandangan masyarakat. Menurut stesen antarabangsa BBC, kelompok agama bertekad menekan Parlimen agar tidak meluluskan undang-undang yang mengiktiraf perkahwinan LGBT.

Mereka beralasan untuk masalah sepenting ini, ia tidak cukup ditentukan hanya oleh anggota Parlimen dan mesti pihak pemerintah mendapatkan pandangan seluruh rakyat melalui proses referendum yang lebih menyeluruh.

Sementara itu, kelompok-kelompok yang pro-LGBT berharap Parlimen akan mengeluarkan undang-undang yang tidak hanya mengakui perkahwinan sesama jenis, tetapi juga memberi hak sama seperti pasangan suami-isteri.

Hak-hak yang dimaksudkan itu adalah urusan pengambilan anak angkat, tuntutan penjagaan anak dan penetapan waris untuk pembahagian harta pusaka setelah salah satu daripada pasangan LGBT tersebut meninggal dunia.

Rang undang-undang perkahwinan sesama jenis itu sudah dimasukkan dalam pembentangan Parlimen, namun belum diketahui seberapa cepat usul ini akan dipersetujui untuk dibahaskan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: LGBTtaiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd