• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Damai, Myanmar Bebas Tahanan Politik

oleh Ahmad Albab
25/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Susulan rundingan damai terkini dengan kumpulan pemberontak pada Rabu, Myanmar membebaskan lebih 250 banduan di bawah pengampunan presiden, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Menurut kenyataan pejabat Presiden Htin Kyaw pada Selasa seramai 259 banduan termasuk 73 warga asing kebanyakannya warga Cina dibebaskan sebagai tanda muhibah.

Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik (Burma) berkata, 10 tahanan politik antara yang dibebaskan termasuk dua aktivis Islam Zaw Zaw Latt dan Pyint Phyu Latt yang dihukum penjara empat tahun pada tahun lepas.

Turut dibebaskan bekas Menteri Hal Ehwal Agama San Sint yang dipecat dan dijatuhi hukuman 13 tahun penjara atas kesalahan menyalahgunakan wang berjumlah US$10,000 untuk pembinaan rumah berhala.

Selain itu, pengampunan diberikan sebagai mengalu-alukan pembukaan sesi kedua Persidangan Kesatuan Keamanan yang berlangsung di Nay Pyi Ta.

Lebih 1,000 peserta termasuk wakil kerajaan, tentera, kumpulan bersenjata etnik, parti politik dan badan bukan kerajaan berkumpul di Nay Pyi Taw bagi berbincang mencari jalan penyelesaian sekaligus menamatkan perang saudara paling lama di dunia.

Antara yang hadir ialah pemimpin dari tujuh kumpulan pemberontak utama termasuk United Wa State Army yang masih belum menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan kerajaan.

Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi dalam ucapan pembukaan berkata, persidangan itu satu-satunya cara menamatkan semua konflik bersenjata di seluruh negeri dan mewujudkan “keamanan berkekalan”.

Persidangan itu juga membuka lembaran baharu dalam sejarah dialog politik, katanya. – BERNAMA

Tags: MyanmarTahanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ayu Raudhah Teruja Bakal Dapat Baby Girl

Next Post

Larian Obor Peringkat N.Sembilan Berakhir Hari Ini

Related Posts

Sedia Tarik Balik Pasukan ATM Jika Keselamatan Terancam Di Myanmar- Mohamad

Sedia Tarik Balik Pasukan ATM Jika Keselamatan Terancam Di Myanmar- Mohamad

18/04/2025
1

TAPAH: Malaysia bersedia menarik balik pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihantar ke Myanmar sekiranya keselamatan mereka terancam. Menteri...

Pasukan SMART Di Myanmar Selamat Tiba Di Tanah Air

Pasukan SMART Di Myanmar Selamat Tiba Di Tanah Air

07/04/2025
0

PUCHONG - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar berjaya menyelamatkan seorang...

Next Post

Larian Obor Peringkat N.Sembilan Berakhir Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd